�Bertatih Sebut Allah..Allah�, Ayah Tak Henti-Henti Ajar Anak Tenat Dalam Pangkuan Sebut Nama Allah

Perang saudara yang bagaikan tiada penghujung di Syria telah menyebabkan ratusan ribu rakyatnya terkorban manakala selebihnya menjadi pelarian di negara-negara berhampiran.

Baru-baru ini, seorang pemuda Acheh, M Rizki Fauzi yang menjadi sukarelawan di sana telah memuat naik video detik-detik cemas seorang bapa cuba menyelamatkan anak perempuannya yang cedera parah selepas kediaman mereka dibom oleh rejim Bashar Al-Assad.

Bagaimanapun, apa yang terpapar dalam video tersebut sangat menyentuh hati.

Bapa kanak-kanak itu tidak putus-putus mengajar anaknya yang berada dalam keadaan nazak menyebut nama Allah.

Video tersebut didakwa berlaku di Idlib, Syria. Video yang tersebar luas di akaun Instagram @muhammad93r itu telah mendapat sebanyak lebih 14 ribu tontonan.

Ketika kejadian, mangsa dipercayai tercedera akibat daripada serangan bom yang terjadi di negara tempatnya tinggal.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian yang telah dimuat naik oleh @muhammad93r seperti berikut:

 

Sumber: @muhammad93r