Sandwic biasanya disajikan sebagai sarapan namun kini ia boleh dinikmati pada bila-bila masa malah sesuai untuk pelbagai majlis. Mana tidaknya, sandwic-sandwic moden ini diperbuat dengan pelbagai inti enak. Sangat sesuai jika puan-puan nak jadikannya sebagai salah satu sumber pendapatan atau mengisi masa lapang. Cara penyediaannya juga cukup mudah. Anda bolehlah cuba.
1. SANDWIC BEEF BLACK PEPPER
BAHAN SANDWIC:
Roti sandwic
Kepingan keju
Mayones
Daun salad
Timun | dipotong nipis
Tomato | dipotong nipis
BAHAN INTI:
2 biji bawang besar | dipotong dadu
3 ulas bawang putih | dicincang halus
1/2 biji lada benggala | dicincang halus
5 biji cendawan | dihiris halus
400gm daging | dicincang halus
150gm sos lada hitam
3 biji cili padi | ditumbuk halus
CARA MEMASAK:
Tumis bawang besar, bawang putih, lada benggala, cendawan dan daging. Masak sehingga daging agak masak.
Kemudian masukkan sos lada hitam, cili padi yang dihiris dan garam secukup rasa. Masak sehingga sebati dan daging kelihatan seperti pecah minyak. Angkat.
Apabila daging sejuk, barulah ambil roti sandwic, letakkan daun salad, kepingan keju, daging yang dimasak tadi, mayones, timun dan tomato.
Sedia untuk dinikmati.
2. SANDWIC HAWAIAN CHICKEN
BAHAN INTI:
400gm ayam | dicincang halus
2 biji bawang besar | dipotong dadu
5 biji cendawan | dihiris nipis
2 potong nanas | dipotong dadu
800gm sos bolognese
1 sudu teh serbuk herba Itali
BAHAN SANDWIC:
Roti
Kepingan keju
Mayones
Daun salad
Timun jepun | dipotong bulat
Tomato | dipotong bulat
CARA MEMASAK:
Goreng ayam dalam kuali, tambahkan sedikit air jika ayam melekat.
Masukkan bahan mentah seperti bawang, cendawan dan nanas. Masak seketika.
Masukkan sos bolognese dan gaul sebati. Kemudian perasakan dengan garam dan serbuk herba Itali secukupnya.
Hias roti sandwic dengan kepingan keju, mayones, salad, timun jepun, inti ayam, dan tomato. Kepitkan dengan roti dan sedia dimakan.
3. SANDWIC CRABSTICK MAYO
BAHAN INTI:
400gm Crabstick
2 biji bawang besar | dipotong halus
200gm mayones
Sedikit lada sulah/lada hitam
BAHAN SANDWIC:
Roti
Kepingan keju
Mayones
Salad Romania
Timun jepun | dipotong bulat
Tomato | dipotong bulat
CARA MEMASAK:
Celur seketika crabstick dan dicincang.
Kemudian masukkan kesemua bahan, bawang besar, mayones dan lada sulah. Gaul sebati.
Ambil roti sandwic dan lapiskan dengan kepingan keju, mayones, salad romania, inti crabstick, timun dan tomato.
Sedia dan enak dinikmati bersama kopi panas.
4. SANDWIC ITALIAN BEEF
BAHAN INTI:
400gm daging | dicincang
2 biji bawang besar | dipotong dadu
1/2 biji lada benggala | dipotong dadu
300gm sos bolognese
1 sudu teh Italian herbs
Garam secukup rasa
BAHAN SANDWIC:
Roti
Kepingan keju
Mayones
Sos Thousand Island
Sayur salad
Timun Jepun | dipotong bulat
Tomato | dipotong bulat
CARA MEMASAK:
Goreng daging di atas kuali dengan sedikit air.
Masukkan bawang dan cili benggala. Gaul rata.
Apabila daging agak masak, masukkan sos bolognese, garam dan Italian Herbs. Gaul hingga rata dan padamkan api setelah daging masak dan pecah minyak.
Ambil roti sandwic letak kepingan keju, mayones, sos Thousand Island, salad, inti Italian beef, timun dan tomato.
Potong sandwic mejadi kepingan kecil dan sedia untuk dihidangkan.
5. SANDWIC SARDIN OLD STYLE
BAHAN INTI:
1 tin kecil @100gm sardin
1 biji bawang besar | dihiris nipis
4 biji cili padi | dipotong halus
Sedikit jus lemon
Secubit garam
BAHAN SANDWIC:
Roti
Kepingan keju
Mayones
Sayur salad
Timun Jepun | dipotong bulat
Tomato | dipotong bulat
CARA MEMASAK :
Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak, masukkan sardin yang telah dihancurkan sedikit.
Masukkan semua bahan seperti bawang, cili padi, garam secukup rasa. Masak sehingga semua bahan layu.
Angkat dan perahkan sedikit lemon ke dalam sardin yang dimasak tadi. Gaul rata.
Ambil roti sandwic letak kepingan keju, mayones, salad, inti sardin, timun dan tomato. Sedia untuk dinikmati.
6. SANDWIC TUNA HOT CHILLI
BAHAN INTI:
1 tin tuna cili
2 batang daun sup/ketumbar | dihiris kecil
5 biji cili padi | dipotong halus
100gm mayones
BAHAN SANDWIC:
Roti
Kepingan keju
Mayones
Sos Thousand Island
Sos Thousand Island
Sayur salad
Timun Jepun | dipotong bulat
Tomato | dipotong bulat
CARA MEMASAK :
Masukkan tuna cili, daun sup, cili padi, dan mayones dalam satu mangkuk. Gau rata.
Ambil roti sandwic letak kepingan keju, mayones, sos Thousand Island, salad, inti tuna, timun dan tomato. Lapiskan dengan sekeping lagi roti.
Potong sandwic mengikut saiz yang dikehendaki. Sedia dihidangkan.
7. SANDWIC SWEET BANANA
BAHAN-BAHAN:
2 biji pisang berangan
50gm sekaya pandan
Marjerin secukupnya
Kepingan keju cheddar secukupnya
Roti sandwic
CARA MEMASAK:
Sapu roti bersama marjerin. Lapiskan bersama pisang yang dihiris nipis.
Sapukan sekaya pandan ke atas lapisan pisang tadi. Tambahkan lapisan keju di atasnya.
Lapiskan dengan sekeping lagi roti. Potong kecil.
Sedia untuk dinikmati.
8. SANDWIC CREAMY SRAMBLE EGG
BAHAN INTI:
5 biji telur
1 sudu teh herba Itali
Secubit lada hitam
Secubit lada sulah
Sedikit mentega
200gm cheezy mayo
100gm mayones
BAHAN SANDWIC:
Roti
Sayur salad
Timun Jepun | dipotong bulat
Tomato | dipotong bulat
CARA MEMASAK :
Pecahkan telur ke dalam bekas dan pukul sebati.
Masukkan sedikit herba itali, garam, lada hitam dan lada sulah. Kacau rata.
Panaskan kuali dengan mentega dan goreng telur separa masak.
Angkat telur dan gaulkan bersama cheezy mayo dan mayones.
Sedia dihidangkan bersama roti, daun salad, timun dan tomato. Hias mengikut kreativiti anda.
9. SANDWIC KIDDY LAYER
BAHAN INTI:
3 biji telur | direbus dan dihancurkan.
1/2 sudu teh lada hitam
100gm mayones
3 batang jejari ketam
6 keping kepingan salami ayam
BAHAN SANDWIC:
Roti
Kepingan keju
Sayur salad
Timun Jepun | dipotong bulat
Tomato | dipotong bulat
Cheezy mayo secukupnya
CARA MEMASAK :
Masukkan telur rebus, sedikit lada hitam dan mayones ke dalam mangkuk. Gaul rata.
Cincang sedikit jejari ketam yang telah dicelur dan masukkan ke dalam adunan telur rebus tadi. Gaul sekali lagi.
Kepingan salami ayam di stim dan ditoskan.
Ambil roti, lapiskan dengan kepingan salami ayam. Kemudian sudukan inti bersama daun salad, timun dan tomato.
Hias mengikut kreativiti. Sedia untuk dihidangkan kepada tetamu.
10. SANDWIC MUSHROOM BOLOGNESE
BAHAN INTI:
2 biji bawang besar | dipotong dadu
200gm sos bolognese
50gm cendawan butang | dihiris nipis
1/2 biji lada benggala | dipotong dadu
Italian Herbs secukupnya
Garam secukup rasa
BAHAN SANDWIC:
Roti
Kepingan keju
Mayones
Sayur salad
Timun Jepun | dipotong bulat
Tomato | dipotong bulat
CARA MEMASAK :
Tumiskan bawang besar dengan sedikit marjerin sehingga wangi dan layu.
Kemudian masukkan sos bolognese. Tambah sedikit air jika kering.
Kemudian masukkan cendawan butang, lada benggala, Italian Herbs dan garam secukup rasa. Gaul lagi hingga semua bahan sebati. Angkat.
Hidangkan inti yang telah dimasak tadi bersama roti, mayones, daun salad, timun, tomato dan kepingan keju mengikut kreativiti.
sumber ;rasa