30 Tahun Tanam Pokok Durian Tak Berbuah Tapi Lepas Praktik 5 Tip Ini Akhirnya Merasa Hasil

Bila datang musim durian macam sekarang kita selalu berangan syoknya kalau tanam durian sendiri. Takdelah banyak habis duit beli raja buah yang mahal ini

Tapi kan ada juga yang dah tanam namun pokok durian tak mahu berbuah walau pokok dah besar.

Malah ada yang sabar berpuluh tahun menunggu hasil namun hampa seperti Cikwan Redzuan Jelani. Bagaimana pun segalanya berubah bila beliau mempraktikkan 5 tip ini. Jadi bagi yang ada masalah sama, pokok durian enggan berbuah boleh cuba tip berikut.

Tip dan petua supaya pokok durian berbuah
Buah sulung, penantian hampir 30 tahun, tanam dari biji. Terima kasih kepada yang beri tip dan petua untuk durian berbuah.


Tip 1 – kelar batang pokok

Kelarkan kulit batang tapi jangan sampai putus semua. Tinggalkan dalam anggaran 2-3 inci kulit pokok yang bersambung. Kalau kelar semua nanti pokok mati, kulit pokok bawa nutrien dari akar ke dahan dan ranting.

Tip 2 – baja garam
Durian ini saya tanam di kawasan tanah gambut, berkemungkinan tanah ada unsur asid yang tinggi. Jadi untuk neutralkan asid, saya beli garam kasar seguni tabur 5 kaki jarak dari pangkal ke kawasan keliling pokok.

Dalamkan parit sempadan, akar durian tak boleh dekat dengan kawasan air bertakung, nanti akar tunjangnya busuk. Ini tip dari geng tanam durian.

Tip 3 – baja protein

Campuran telur + Vitagen yang diperam dalam suhu bilik semalaman, saya sembur pada akar durian yang timbul. Seminggu sekali kalau sempat.

Tip 4 – baja buah
Beli 2 kilo baja buah kemudian tanam dalam jarak 4 kaki dari pangkal pokok, Buat 2 lubang, setiap lubang letak 1 kg. Lakukan berulang 3 bulan sekali tapi berubah tempat. Tapi yang ini belum sempat masuk kali yang ke 4 dah berbuah.

Tip 5 – Cakap dengan pokok…
Masa buat semua proses kat atas saya bercakap dengan pokok, kalau tak berbuah jugak lepas segala macam usaha, tahun 2021 kena tebang. Tapi awal 2021 dah gugur buah.

Sumber: Cikwan Redzuan Jelani.