4 Cara Setting Aircond Kereta Jadi Lebih Sejuk, Senang Je Boleh Buat Sendiri

Cuaca di negara kita yang agak panas menjadi sebab kenapa pentingnya penggunaan penghawa dingin di kereta perlu dipastikan sentiasa berfungsi dengan baik.

Bila tiba waktu cuaca panas, kadangkala aircond kereta sudah tidak terasa sejuk, dek kerana panas yang melampau.

Nah, berikut kami kongsikan tip yang diberi oleh Edward vstar menerusi laman TikToknya tentang cara memastikan suhu aircond kereta menjadi lebih sejuk dengan hanya melakukan empat cara setting yang boleh dilakukan ini.

1. Buka Peredaran Dalaman

Korang kena tahu dimana peredaran dalaman dan luaran. Pastikan ia berada pada peredaran dalaman

2. Darjah Suhu

Buka temperature degree paling rendah

3. Kawalan Kelajuan Kipas

Pilih pada kelajuan 2

4. Tetapan Angin

Letak pada kedudukan kepala sahaja

Jadi, dengan menggunakan setting ini, aircond kereta korang akan menjadi lebih sejuk, tidak kisah sama ada korang di tempat pemandu atau pun penumpang.

 

Sumber: Edward vsar oe Via remaja