TELEFON cepat rosak bukan hanya kerana masalah skrin, jatuh atau pecah. Tapi mungkin juga disebabkan oleh bateri yang cepat habis.
Ada juga yang terlalu kerap bermain permainan melalui telefon pintar, menonton YouTube dan sebagainya sehingga terpaksa berulang kali mengecas telefon kerana menggunakan bateri.
Namun ada beberapa kesalahan yang mungkin kita tidak sedar yang menjadi punca kepada telefon cepat rosak selain memberi kesan kepada ketahanan telefon bateri itu sendiri.
Jom, kita periksa apa yang menjadi puncanya.
Telefon Cepat Rosak? Ini Puncanya:
1.Guna Pengecas Sembarangan
Walaupun tempat pengecasan pada telefon pintar masa kini lebih universal, ia tidak bermakna anda perlu suka hati menggunakan sebarang pengecas.
Setiap telefon mempunyai pengecas yang mempunyai spesifikasi tersendiri khususnya kapasiti kuasa dan arus yang kuat.
Jika memakai pengecas yang tidak sepadan dengan spesifikasi telefon boleh mengurangkan prestasi bateri telefon pintar anda.
2.Terlalu Bergantung Kepada ‘Power Bank’
Rata-rata, masyarakat dunia hari ini mempunyai ‘power bank’ masing-masing. ‘Power bank’ dilihat sebagai satu penyelesaian yang praktikal kerana kita semua boleh melakukan proses pengecasan telefon di mana jua berada.
Namun, apabila kerap digunakan untuk mengecas semula telefon, pastinya mendatangkan kemudaratan kepada hayat bateri telefon anda.
Alasannya, ‘power bank’ yang mudah alih atau ‘portable’ lebih berisiko untuk mengalirkan kuasa yang tidak stabil berbanding ketika mengecas dengan tenaga elektrik secara langsung.
Aliran kuasa yang tidak stabil ini menjadikan hayat bateri semakin berkurangan.
3.Mengisi Bateri Lebih Lama Dari Waktu Yang Diperlukan
Masih lupa untuk mencabut plag pengecas apabila telefon pintar dicas sepenuhnya? Seelok-eloknya anda tidak mengamalkan kebiasaan ini!
Walaupun telefon pintar masa kini dilengkapi dengan perlindungan caj berlebihan yang secara automatik menghentikan proses pengecasan apabila bateri penuh, telefon yang terlalu lama dicas tetap berpotensi menurunkan prestasi bateri.
Untuk mengekalkan prestasi, anda tidak perlu mengecas bateri sehingga 100 peratus. Malah, bateri telefon berada dalam keadaan optimum apabila mencapai kapasiti 40 hingga 80 peratus.
4.Tidak Segera Mengecas Telefon
Kalau nak tahu, salah satu punca kenapa hayat bateri tidak tahan lama kerana kebiasaan kita menggunakan telefon pintar sehingga bateri habis sepenuhnya.
Seandainya anda menggunakan telefon sehingga kehabisan bateri serta tidak segera mengecasnya semula, sel-sel asas pada bateri akan mengalami ketepuan atau ketepuan.
Kesannya, sel-sel mati dalam bateri akan berkumpul akhirnya membuat bateri tidak sihat dan mengurangkan prestasinya.
Jadi, disyorkan untuk menyegerakan mengecas telefon apabila melebihi 15 hingga 35 peratus.
Sumber : Astro Awani