Siapa yang tidak sedih apabila hidupnya diuji kehilangan orang yang tersayang. Begitu juga dengan kisah ujian yang menimpa ibu muda ini apabila kehilangan anak di dalam kandungan setelah 17 jam ‘bertarung’ menahan sakit. Perkongsian video ini turut merobek hati orang ramai dan ada juga mengalami pengalaman yang sama.
17 JAM TAHAN SAKIT, BIDAN CAKAP BAYI MALAS GERAK AKHIRNYA MENINGGAL
Pengalaman meruntun hati itu dikongsikan di TikTok oleh seorang wanita yang dikenali dengan nama Adinda.frmll. Menurut Adinda, sebelum ini dia telah mendapatkan khidmat seorang bidan kerana bayi dalam kandungannya dikatakan tidak bergerak dan langsung tidak memberikan sebarang respon.
Apabila ditanya, bidan terbabit hanya mendakwa bahawa bayi tersebut berada dalam keadaan baik dan kemungkinan bayi itu malas untuk melakukan sebarang pergerakan.
Adinda yang tidak sedap hati dengan jawapan bidan kemudian pergi ke pusat perubatan untuk melakukan pemeriksaan. Setelah diperiksa, dia dimaklumkan bahawa bayi dalam kandunganya sebenarnya berada dalam keadaan lemah.
“Jururawat suruh aku lahirkan sendiri dan dia kata kalau contraction memang macam tu. Jadi bila anak dah keluar sendiri, baru panggil dia. Sedangkan ketika itu anak dalam kandungan sudah meninggal. Pada pukul 3 pagi, pembukaan dah lengkap. Masa itu aku dah tak ada tenaga dan penat.”
Lebih menyedihkan apabila si kecil itu tidak dapat diselamatkan dan pergi menghadap Ilahi. Ketika itu, Adinda sudah tiada tenaga dan melihat situasi itu, jururawat terbabit mula panik. Doktor kemudian cuba mengeluarkan bayi dalam kandungan tersebut.
MASIH TRAUMA
“Masih trauma melahirkan bayi yang sudah meninggal di dalam kandungan dengan induksi selama 17 jam.”
Video yang dikongsikan telah mendapat pelbagai respon daripada netizen. Rata-rata daripada mereka bersimpati dengan nasib yang dilalui wanita ini dan mereka berharap agar Adinda diberi kekuatan serta ketabahan dalam mengharungi dugaan mendatang.
Sumber: Tiktok @adinda.frmll