5 Jenis Makanan Yang Bantu Wanita Elak K@Nser Payud@Ara.. Cegah Daripada Awal. Ambil Sesekali Pon Okay Dah

Boleh dikatakan bahawa kes wanita yang mengidap penyakit kanser payudara semakin meningkat pada masa kini. Tidak dinafikan jika penyakit kanser payudara merupakan penyakit turun temurun dalam genetik keluarga, tetapi usaha kita untuk mengelakkannya juga perlu agar risiko untuk terkena penyakit kanser payudara berkurang.

Kini penyakit kanser payudara juga tidak mengenal usia. Bahkan perempuan seawal 20an juga sudah ada yang didiagnos dengan penyakit kanser payudara apabila ia bermula hanya dengan ketulan atau benjolan kecil di bahagian payudara yang dipanggil cyst atau fibroid.

8 tanda awal kanser payudara yang anda selalu abaikan
#1 Benjolan di sekitar payudara
Tanda paling awal adalah benjolan atau ketulan di sekitar kawasan payudara. Tapi, ada juga sesetengah wanita mempunyai ketulan ini dan ia bukan kanser.

Sekiranya anda jumpa benjolan di sekitar payudara, segera berjumpa dengan doktor anda.

Tanda (mungkin) bukan kanser

Benjolan hilang selepas haid
Benjolan lembut
Ada beberapa benjolan di payudara
Terdapat benjolan di kedua-dua payudara
Tanda (mungkin) kanser

Benjolan keras pada payudara atau bawah ketiak
Benjolan hanya ada satu
Kulit payudara mengecut
Keluar cairan dari benjolan
Hanya ada pada satu payudara
#2 Cecair keluar dari payudara
Jika cecair yang keluar berwarna jernih dan tidak cair, ini bermakna kanser masih di peringkat awal dan masih boleh dirawat.

Jika cecair yang keluar dari payudara berwarna merah atau coklat seperti darah, ini bermakna kanser sudah di tahap bahaya dan anda perlu mendapat rawatan dengan segera.

#3 Kulit payudara menjadi merah
Perbezaan warna pada kulit payudara seperti merah atau gelap pada satu kawasan juga jangan diambil ringan. Perhatikan tanda-tanda jika ahagian ini disentuh, ia akan terasa hangat

#4 Gatal pada bahagian puting
Apabila anda terasa gatal pada bahagian puting, ia mungkin merupakan tanda kanser. Selain itu, kulit di sekitar payudara akan mengelupas dan sakit.

Jika anda sudah berada pada tahap ini, segera dapatkan rawatan kerana kulit adalah bahagian paling peka jika anda mempunyai masalah kesihatan. Lebih-lebih lagi di bahagian payudara!

#5 Saiz payudara menjadi besar atau kecil tanpa sebab
Biasanya perubahab pada saiz payudara terjadi semasa anda remaja menginjak ke dewasa. Tapi jika perubahan saiz berlaku secara tiba-tiba tanpa sebab, ia mungkin tanda kanser.

Perubahan saiz dari tegang ke kendur ke bawah juga perlu diberi perhatian.

#6 Sakit berpanjangan di payudara
Ketika anda hamil atau datang haid, ia normal untuk anda merasa sakit pada bahagian payudara.

Tapi jika sakit tersebut berterusan dan tidak hilang serta saiz payudara menjadi besar, anda dinasihatkan untuk tidak meletakkan minyak untuk meredakan sakit, tidak menyentuh bahagian yang sakit dan segera berjumpa doktor.

#7 Puting masuk ke dalam
Jika payudara anda menunjukkan perubahan yang ganjil seperti puting masuk ke dalam, anda harus segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

#8 Kedutan di sekitar payudara
Apabila anda semakin berumur, kulit anda akan berkedut termasuk di bahagian payudara. Tapi jika anda masih muda dan mempunyai kedutan di bahagian payudara, ini mungkin tanda anda menghidap kanser payudara.

Biasanya kedutan akibat kanser ini akan terasa kasar dan cuma ada pada bahagian tertentu sahaja.

5 Jenis Makanan Mengelakkan Penyakit Kanser Payudara
Salah satu faktor yang memainkan peranan dalam mengelakkan risiko penyakit kanser payudara adalah pemakanan. Cara pemakanan haruslah dititik beratkan agar diri sentiasa mengambil makanan yang sihat untuk menjamin kesihatan yang baik berpanjangan.

Sayur-sayuran berjenis cruciferous

Brokoli, kobis bunga, kobis cina, dan kobis merupakan sayuran cruciferous yang kaya dengan bahan-bahan anti-kanser. Sayuran jenis cruciferous mengandungi fitonutrien yang boleh menghentikan penularan sel kanser serta menahan sepenuhnya dari ia terjadi. Makan sayuran jenis cruciferous dalam rutin harian anda bersama minyak zaitun kerana ia juga dapat membantu penyerapan dalam badan dengan lebih pantas.

Limau gedang

Ia lebih dikenali sebagai grapefruit yang perkaya dengan bahan antioksidan membantu dalam mengelakkan adanya sel kanser dalam badan. Ianya juga kaya dengan vitamin C mengurangkan risiko kanser perut, kolon, esofagus, kelenjar, payudara dan servik.

Kacang tanah dan jem mentega kacang

Memakan kacang tanah atau jem mentega kacang boleh membantu dalam menguatkan sel pertahanan tubuh badan dari terkena penyakit kanser payudara kerana ianya kaya dengan vitamin E yang baik untuk tubuh badan.

Beri

Semua jenis buah beri merupakan sumber makanan yang paling bagus dalam menghindar penyakit kanser payudara. Raspberi, beri biru, strawberi dan cranberry merupakan agen yang bertindak lebih efektif dalam mengelak kanser.

Salmon

Kekurangan vitamin D dalam badan boleh mengundang kepada penyakit kanser kolon dan payudara. Vitamin D membantu dalam mengelakkan penularan sel kanser. Pengambilan salmon dalam makanan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser kerana salmon kaya dengan vitamin D.