5 Pantang Bersalin Ini WAJIB Diikuti Oleh Wanita Demi Menjaga Kesihatan Berpanjangan

“Hai Liah! Seronok bercuti panjang untuk pantang bersalin?” Sarah menyapa sahabatnya yang sedang cuti bersalin. “Seronok? Kalau boleh aku nak pergi kerja hari ni juga!” bisik Aliah semula.

“Aik? Dapat cuti pun tak seronok?”

“Aku tak tahanlah Sarah. Hari-hari makan ikan rebus dan halia tumbuk lada hitam. Nak jamah goreng pisang pun tak boleh. Seafood? Jauh sekali. Nak berjalan sikitpun kena bebel. Takkan la aku ni nak berbaring 24 jam. Kebas punggung. Ni ha, jamu ni. Dah naik kembang tekak ni meminumnya, kau tahu?” Jawab Aliah masih berbisik.

“Ahaha … apalah kau ni Liah. Orang bersalin memanglah macam tu. Berpantang bagai. Kalau tak, kau tu akan tua sebelum waktunya, tahu?”

Baca juga: Begini Cara Mandi Bunga Bagi Menguatkan Semangat & Keyakinan Ibu Selepas Bersalin

Pantang bersalin: Memang ada banyak pantang-larang anda perlu ikut berpantang selepas bersalin

Pasti ramai ibu selepas bersalin yang akan merungut sebegini, kan? Jika anda tidak mahu berpantang dengan betul, kesannya bukan akan dapat dilihat sekarang.

Tapi ia akan memberi kesan pada anda dalam jangka masa panjang, kelak!

Memang telah menjadi lumrah, selepas bersalin, ibu-ibu baru haruslah melakukan proses pantang bersalin, sama ada dari sudut makanan, pergerakan mahupun penjagaan fizikal badan.

Antara yang biasa diamalkan dan terbukti baik untuk proses pemulihan termasuklah:

Cara berpantang selepas bersalin yang perlu diamalkan

#1. Memakai bengkung

Amalan memakai bengkung ini dilakukan bagi membentuk semula badan serta mengurangkan pergerakan bagi membantu pemulihan luka pada faraj.

Ada pelbagai jenis bengkung yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian dan keselesaan anda.

#2. Bertungku

Amalan ini bertujuan untuk mengeluarkan angin dalam badan, membantu mengecutkan rahim dan melembutkan urat yang tegang. Ia walaubagaimanapun harus dilakukan dengan lembut dan elakkan daripada menekan rahim.

#3. Minum jamu dan ubat periuk

Pengambilan jamu dan ubat periuk bukan saja membantu mengembalikan tenaga dan memanaskan badan, ia juga mampu mengeluarkan lemak, toksin serta memudahkan membuang air besar.

#4. Berurut

Pantang selepas bersalin,
Selain memulihkan aliran darah, berurut ketika dalam proses pantang bersalin membantu mengeluarkan angin, memulihkan sakit otot, sendi serta saraf di pinggang, tumit dan lutut di samping memberi ketenangan kepada ibu.

Oleh sebab itu ia amat digalakkan untuk ibu selepas bersalin.

#5. Makan banyak sayuran dan ulam-ulaman

Sayur-sayuran merupakan sumber vitamin, mineral dan anti-oksidan yang membantu mempercepat proses pemulihan. Begitu juga dengan ulam-ulaman seperti daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja dan daun sekentut.

#6. Makan sup ikan haruan

Ikan haruan telah diketahui ramai tentang khasiatnya memulihkan luka dalaman dan luaran.

Perkara yang perlu elak dalam proses pantang bersalin:

#1. Minum minuman sejuk

Ibu-ibu selepas bersalin dan dalam proses pantang bersalin digalakkan untuk mengelak minum air berais kerana ia mampu membuatkan urat-urat badan mengembang dan mengakibatkan rasa sengal-sengal pada badan.

Jadi sepanjang dalam proses berpantang itu, tahan diri daripada minum air berais, ya!

#2. Makan sayuran dan buah-buahan ‘sejuk’ dan berangin

Sayur-sayuran dan buah-buahan yang sejuk dan berangin termasuk kacang panjang, terung, timun, buah lai, nangka dan ubi kayu adalah antara contoh makanan yang “sejuk” dan berangin.

Makanan berangin membuatkan ibu-ibu rasa tidak selesa akibat perut kembung atau badan berangin.

#3. Makanan pedas dan berminyak

Mengelak makanan pedas dan berminyak ketika dalam proses pantang bersalin mampu mengurangkan kekerapan meneran untuk membuang air besar. Meneran ketika membuang air besar akan menyulitkan keadaan.

Sudahlah sakitnya lebih teruk dari bersalin!

#4. Makanan laut dan ikan yang ‘gatal’

cara berpantang selepas bersalin
Salah satu sebab mengapa ibu lepas bersalin harus pantang memakan makanan laut dan ikan yang gatal adalah kerana ingin mengelakkan kegatalan pada luka bersalin.

#5. Banyak bergerak

Jangan banyak bergerak ketika pantang bersalin! Ini untuk mengelakkan luka bersalin daripada lambat sembuh atau jahitan pada faraj terkoyak disebabkan pergerakan, terutama aktiviti lasak.

Pantang selepas bersalin yang pelik dan bercanggah dengan fakta sebenar

#1. Jangan terlalu banyak minum air

Petua ini ternyata salah! Ibu perlu menggantikan cecair dalam badan yang hilang ketika melahirkan, pendarahan dan menyusu bayi dengan minum banyak air.

Tanpa air yang cukup, susu akan berkurang dan membantutkan proses penyusuan bayi.

#2. Elak lalu di bawah ampaian

Biasa didengar pantang ini, namun tidak diketahui sebabnya.

#3. Jangan menjahit atau membaca

Dipercayai keadaan ibu yang lemah akan mengakibatkan rabun mata jika mereka menjahit dan membaca. Namun, tiada kajian yang dapat mengesahkan hal ini.

#4. Elakkan makan mee

Berpantang memakan mee dikatakan dapat mengelakkan urat-urat bersimpul. Tidak dapat dipastikan bagaimana keduanya dikaitkan namun mee adalah karbohidrat yang boleh menjadi sebahagian daripada menu.

Cara berantang selepas bersalin memang susah namun ia tetap perlu diamalkan

Walaupun kelihatan rumit, amalan berpantang dan pantang bersalin masih diteruskan, sama ada secara tradisional mahupun moden.

Jika diperhatikan, pantang larang ini membantu pemulihan dalaman dan luaran selain memberikan rehat yang cukup serta menyokong proses pemulihan.

Mungkin ibu-ibu masa kini merasakan berat untuk berpantang. Namun mereka juga tidak sanggup mengambil risiko, apatah lagi kesan meninggalkan pantang hanya dapat dirasakan apabila memasuki usia emas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *