Selepas makan setiap orang akan melakukan sesuatu sebagai kebiasan d1rinya setiap hari. Namun sesetengah kebiasan tersebut boleh mendatang mudarat kepada pelakunya.
Ada sesetengah yang suka merokok selepas makan. Yang tak merokok pula, samada baring atau mandi, ataupun berjalan-jalan atau duduk sahaja di kerusi makan sambil tgk tv. Ada pula yang makan buah-buahan sebagai pencuci mulut. Betul ke tak betul habit-habit ni seme? bah4ya ke tak bah4ya? Meh kita semak adakah habit kita lepas makan termasuk dalam kateg0ri bah4ya atau tidak.
1) Merokok.
Eksperimen dari pakar-pakar membuktikan bahawa merokok sebatang rokok selepas makan adalah setanding dengan merokok 10 batang rokok (kemungkinan mendapat kanser adalah lebih tinggi).
2) Makan buah-buahan serta-merta.
Apabila anda makan buah-buahan anda dengan selepas makan, buah-buahan akan terper4ngkap di dalam perut bersama-sama dengan kandungan makanan dan tidak boleh sampai ke usus. Buah tersebut akan rosak dan merosakkan makanan yang ada di dalam perut. Waktu terbaik kalau nak makan buah adalah 1 jam selepas makan ataupun makan buah sebelum makan.
Sebaik-baik makan buah adalah pada waktu pagi dengan perut kosong sbb waktu pagi adalah waktu yang paling baik badan boleh menyerap nutrient dalam buah membantu untuk mendapatkan tenaga yang cukup untuk memulakan hari.
3) Minum teh
Daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi. Bahan ini akan menyebabkan kandungan protein dalam makanan yang kita makan akan menjadi keras dengan itu sukar untuk dihadam. Adalah lebih baik untuk minum teh satu jam selepas makan.
4) Longgarkan tali pinggang.
Ada di antara kita sengaja melonggarkan tali pinggang sebab dah rasa macam makanan tak muat nak masuk atau dah rase tak selesa. Walau bagaimanapun, melonggarkan tali pinggang bukanlah sesuatu yang baik, bukan kerana ia menyebabkan usus terbelit atau ape tetapi kerana ia boleh menyebabkan kita nak makan lebih banyak. Oleh itu, makanlah hanya setakat yang anda boleh selesa tanpa melonggarkan tali pinggang anda!
5) Mandi.
Mandi selepas makan akan menyebabkan peningkatan aliran d4rah ke tangan, kaki dan badan yang menyebabkan jumlah d4rah sekitar perut akan terus berkurang. Ini akan melemahkan sistem penghadaman di dalam perut kita.
6) Berjalan.
Ia tidak baik untuk anda! Berjalan terus selepas makan adalah idea yang bvruk, ia boleh menyebabkan berlakunya refluks asid dan senak. Yang baiknya, berjalan kira-kira setengah jam selepas makan. Para penyelidik di Jabatan Sains Senaman di University of South Carolina, telah mendapati bahawa berjalan selepas senaman adalah cara yang baik untuk membakar tenaga.
Perkara yang perlu diperhatikan adalah apabila berjalan, secara idealnya harus berjalan selama kira-kira 10 minit dan hanya 20-30 minit selepas makan untuk mengelakkan refluks dan gangguan asid di perut.habit selepas makan, jangan buat selepas makan, aktiviti selepas makan, aktiviti bvruk selepas makan, bah4ya tidur selepas makan, bah4ya merokok selepas makan
7) Tidur
Tidur dengan segera akan menyebabkan makanan yang kita ambil tidak akan dapat dihadam dengan sempurna. Tabiat tidur selepas makan akan membawa kepada gastrik dan jangkitan di dalam usus kita.
Demikianlah habit tidak sihat yang sering kali kita lakukan selepas makan. Perkara tersebut boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan kita. Oleh yang demikian kita harus elakkan tabiat yang tidak bagus ini demi untuk kebaikan kita.