Selalunya yang kita akan nampak dulu bila ada lipas dalam rumah adalah telurnya yang agak kecil, lonjong (oval) dan berwarna coklat.
Kalau jumpa yang masih berisi boleh terus buang, tapi kalau jumpa yang dah kosong, bersiap sedialah anda, sebab satu telur tu boleh mengeluarkan anak lipas yang sangat banyak, bukan satu dua je tau!
Tapi, kalau nampak telur lipas atau anak lipas rasa macam okay lagi kan? Cuba kalau nampak lipas besar warna merah-coklat tu, pastu siap terbang lagi!
Mau bersilat nak tepuk lipas terbang tu dengan surat khabar… tu pun kalau berani la…
Sebelum kita masuk ke topik macam mana cara menghalau lipas ni, pentinglah juga untuk kita tahu sedikit sebanyak tentang lipas, jenis-jenis yang selalu kita nampak di sini, dan macam mana nak kesan makhluk perosak ni.
Apa Yang Perlu Saya Tahu Tentang Lipas?
Pernah tak dengar istilah bergerak macam lipas kudung? Ha kalau nak tahu, orang yang buat kerja laju tu disamakan dengan lipas kudung.
Lipas jenis ni memang boleh bergerak dan berlari dengan sangat pantas. Sampai kadang-kadang terus tak nampak dorang pergi mana.
Rupanya, lipas ni ada bulu halus yang boleh mengesan angin dari pergerakan yang datang dekat dengannya.
Jadi, bila kita angkat selipar ke nak hayun tu, memang dorang awal-awal lagi dah boleh rasa, dan terus lari tinggalkan kita.
lipas, lipas kudung, perangkap lipas, cara halau lipas, telur lipas, ubat lipas, lipas terbang, petua halau lipas, lipas tanah, racun lipas, tahi lipas, cara menghalau lipas, lipas besar
Lipas sebenarnya boleh jadi sangat bahaya sebab ia ada satu tabiat buruk, di mana mereka akan mengeluarkan makanan yang separuh hadam dan meninggalkan najis ketika sedang makan.
Jadi, makanan-makanan yang telah dicemari dengan bakteria daripada lipas boleh menyebabkan penyakit serius pada manusia. Antaranya adalah:
Cirit-birit
Keracunan makanan
Alahan kulit
Disenteri
Selain tu, lipas adalah salah satu haiwan nocturnal, yang mana mereka tinggal di tempat yang gelap dan tersembunyi. Contohnya:
Dalam almari dapur
Bawah peti ais
Tangki najis
Tempat-tempat lain yang sejuk dan lembap
Kalau tiba-tiba tengah siang hari, anda nampak lipas-lipas duk berkeliaran dalam rumah, maknanya makhluk tu memang dah banyak sangat kat rumah anda, sampai dorang terpaksa keluar untuk cari makanan!
Tanda-Tanda Lipas Ada Di Rumah
Disebabkan lipas ni boleh memberikan kemudaratan pada anda dan keluarga, lagi-lagi kalau ada anak kecil yang mengutip apa sahaja di atas lantai, sangat penting untuk anda mengesan jika terdapat makhluk perosak ni di rumah anda.
Tanda-tanda lipas dah tinggal serumah dengan anda adalah:
1) Jumpa Najis (dropping) LipasLipas ni boleh kata semua benda dorang makan, jadi kalau banyak lipas kat rumah tu maka akan banyaklah tahi lipas yang anda akan jumpa.
Kalau tak pasti macam mana bentuk najis lipas, boleh tengok dalam gambar kat bawah. Najis lipas memang sangat-sangat kecil dan akan berselerak kat tempat tinggal mereka.
lipas, lipas kudung, perangkap lipas, cara halau lipas, telur lipas, ubat lipas, lipas terbang, petua halau lipas, lipas tanah, racun lipas, tahi lipas, cara menghalau lipas, lipas besar
Tempat-tempat yang anda perlu selalu periksa adalah di dalam almari dapur, bawah sinki, dalam almari baju atau tempat-tempat lain yang ada disimpan makanan.
Bila jumpa je najis lipas, anda kena cepat-cepat bertindak supaya keadaan tak menjadi lebih serius.
2) Jumpa Telur LipasSerangan lipas memang boleh berleluasa dengan pantas sebab ia membiak dengan sangat cepat.
Seperti yang disebut kat atas tadi, telur lipas (atau juga dikenali sebagai oothecae) boleh mengeluarkan berpuluh-puluh anak lipas!
Bayangkan kalau satu hari ada dua tiga telur lipas menetas pun dah cukup untuk mengancam rumah kita.
Kalau nak tahu lipas apa yang ada kat rumah tu, boleh periksa telurnya sebab setiap jenis lipas lain warna dan saiz telurnya, macam dalam gambar ni:
lipas, lipas kudung, perangkap lipas, cara halau lipas, telur lipas, ubat lipas, lipas terbang, petua halau lipas, lipas tanah, racun lipas, tahi lipas, cara menghalau lipas, lipas besar
3) Ada Bau Yang Tak Menyenangkan
Lipas ada satu bau yang agak busuk, seakan-akan hapak macam tu.
Jadi, kalau anda keluarkan barang daripada almari dan tiba-tiba ada bau semacam tu, kemungkinan besar memang tempat tu dah dihuni oleh lipas.
Bau yang sangat kuat bermakna lipas tu dah banyak, jadi anda kena selalu cuba bau di kawasan dapur, dalam almari baju, dan sekeliling rumah supaya dapat kesan dengan lebih awal.
4) Nampak Lipas
Kalau anda jumpa seekor lipas sekalipun di rumah, tu adalah petanda awal yang rumah anda dah diserang oleh lipas.
Sebabnya, lipas ni seboleh-boleh nak duduk dalam kegelapan malam dan takkan keluar walaupun untuk mencari makanan pada siang hari.
Bila nampak je lipas, kena cepat bertindak untuk menghapuskan dorang supaya serangan lipas tu tak menjadi lebih teruk.
Jenis-Jenis LipasDi Malaysia, kita selalunya akan nampak dua spesis lipas, iaitu:
Lipas Amerika – Berasal dari Amerika Selatan dan selalu jumpa di negara-negara beriklim tropika. Warnanya coklat kemerahan dan saiz lipas dewasa dalam 4cm panjang. Lipas jenis ni suka tempat yang sejuk dan gelap, jadi dorang selalu duduk dalam almari, rekahan dinding, dan tong sampah.
Lipas Jerman – Serata dunia boleh nampak lipas ni dan orang selalu ingat yang dorang ni anak lipas sebab saiz kecil je. Warna ada yang perang, tetapi kadang-kadang ada yang macam nak kehitaman. Kalau dah kena serang dengan lipas ni memang susah sikit nak kawal, sebab pada satu-satu masa, populasi dia boleh cecah sampai 10,000 ekor.
Cara Halau Lipas Dari Rumah
Rasanya dah cukup kita sembang pasal lipas. Sekarang tiba masanya untuk kita lihat petua halau lipas yang boleh kita gunakan untuk mengusir atau menghapuskan mereka.
Selalunya cara halau lipas yang kita nampak adalah dengan menggunakan semburan racun serangga ataupun perangkap lipas yang ada gam tu.
Ada juga yang gunakan racun lipas bentuk bulat-bulat, yang lebih dikenali sebagai ubat lipas atau ubat gegat.
Kalau ada ubat ni lipas memang akan lari disebabkan baunya, kalau lipas makan pula memang akan mati sebab ada racun.
lipas, lipas kudung, perangkap lipas, cara halau lipas, telur lipas, ubat lipas, lipas terbang, petua halau lipas, lipas tanah, racun lipas, tahi lipas, cara menghalau lipas, lipas besar
Ubat gegat ni ada bahan kimia Naftalin dan Paradiklorobenzin yang lipas memang tak suka. Ia senang dibeli dimana-mana je, dan paling sesuai diletak di kawasan yang telah diserang lipas, macam almari pakaian atau bilik air.
Tapi, kerana bentuk dan warna ubat gegat macam gula-gula, kena berhati-hati kalau nak pakai di rumah kalau ada anak-anak kecil atau haiwan peliharaan.
Kalau memang perlu dan mesti diguna, gunakan dengan selamat dan pastikan dijauhi dari kanak-kanak atau haiwan peliharaan supaya mereka tak akan termakan pulak!
Ubat gegat boleh juga diguna untuk halau cicak, lalat, pepijat, dan serangga lain. Ada juga yang guna ubat gegat dengan wangian sitrus untuk harumkan almari !
Sekarang kita tengok pula petua yang selamat untuk digunakan kerana tak ada racun atau bahan yang berbahaya.
Kiranya petua-petua ni lebih selamat kalau ada budak kecil di rumah ataupun kalau nak guna di kawasan dapur.
Daun Pandan
lipas, lipas kudung, perangkap lipas, cara halau lipas, telur lipas, ubat lipas, lipas terbang, petua halau lipas, lipas tanah, racun lipas, tahi lipas, cara menghalau lipas, lipas besar
Koyakkan atau hiris nipis daun pandan dan letakkan di kawasan yang banyak lipas seperti dalam laci atau kabinet.
Lipas akan lari selepas membau daun pandan, dan tak akan membiak lagi di rumah anda.
Buah Pelaga dan Kulit Kayu Manis
lipas, lipas kudung, perangkap lipas, cara halau lipas, telur lipas, ubat lipas, lipas terbang, petua halau lipas, lipas tanah, racun lipas, tahi lipas, cara menghalau lipas, lipas besarlipas, lipas kudung, perangkap lipas, cara halau lipas, telur lipas, ubat lipas, lipas terbang, petua halau lipas, lipas tanah, racun lipas, tahi lipas, cara menghalau lipas, lipas besar
Ambil beberapa biji buah pelaga dan tumbuk sedikit dengan kulit kayu manis.
Letakkan di kawasan yang tersorok dan gelap dan bau daripada bahan tersebut juga akan dapat menghalau lipas pergi dari situ.
Lemon
lipas, lipas kudung, perangkap lipas, cara halau lipas, telur lipas, ubat lipas, lipas terbang, petua halau lipas, lipas tanah, racun lipas, tahi lipas, cara menghalau lipas, lipas besar
Hiris nipis sebiji lemon dan letakkan di tempat gelap yang selalu ada lipas, macam kabinet atau laci. Selain daripada menghalau lipas, lemon juga akan menyegarkan bau kabinet dan laci anda.
Bila lemon tu dah kering, gantikan dengan lemon yang baru je lah!
Daun Bay
lipas, lipas kudung, perangkap lipas, cara halau lipas, telur lipas, ubat lipas, lipas terbang, petua halau lipas, lipas tanah, racun lipas, tahi lipas, cara menghalau lipas, lipas besar
Daun bay juga boleh digunakan untuk menghalau lipas. Ambil beberapa helai daun bay dan tumbuk hingga halus. Lepas tu, taburkan daun tu di kawasan yang ada lipas.
Baking Soda (Sodium Bikarbonat) dan Gula
lipas, lipas kudung, perangkap lipas, cara halau lipas, telur lipas, ubat lipas, lipas terbang, petua halau lipas, lipas tanah, racun lipas, tahi lipas, cara menghalau lipas, lipas besar
Campuran kedua-dua bahan ni boleh membunuh lipas. Gunakan nisbah 1:1, dan letakkan campuran tu di kawasan yang banyak lipas.
Gula akan menarik lipas untuk memakan, dan baking soda pula akan membunuhnya.
Serai Wangi
lipas, lipas kudung, perangkap lipas, cara halau lipas, telur lipas, ubat lipas, lipas terbang, petua halau lipas, lipas tanah, racun lipas, tahi lipas, cara menghalau lipas, lipas besar
Lipas memang bencikan bau wangi! Jadi anda boleh siatkan beberapa batang serai dan letakkan di bahagian yang selalu ada lipas.
Bau dari serai wangi akan memastikan yang lipas tak akan datang lagi ke situ.
Timun
lipas, lipas kudung, perangkap lipas, cara halau lipas, telur lipas, ubat lipas, lipas terbang, petua halau lipas, lipas tanah, racun lipas, tahi lipas, cara menghalau lipas, lipas besar
Yang ni sangat mudah sebabnya bila nak makan timum, selalunya kita akan buang bahagian pangkal dan hujung timun tu kan?
Lepas ni, jangan buang lagi, dan gunakan untuk menghalau lipas. Letak je di tempat yang anda rasa ada lipas.
Air Sabun
lipas, lipas kudung, perangkap lipas, cara halau lipas, telur lipas, ubat lipas, lipas terbang, petua halau lipas, lipas tanah, racun lipas, tahi lipas, cara menghalau lipas, lipas besar
Air sabun ni bagus juga sebab satu, lipas memang tak suka bau wangi, dan dua, air tu boleh membunuh lipas.
Caranya, letakkan air sabun dalam botol spray dan bila nampak lipas terus sembur je atas dorang.
Selalunya lipas akan cepat mati kalau kena sembur dengan air sabun sebab lubang pernafasan lipas akan tertutup.
Itu sahaja antara beberapa petua yang ingin kami kongsikan. Semoga dengan semua petua ni dapatlah membantu anda dalam menyelesaikan masalah lipas yang ada di rumah.
sumber ;agensi