9 Cara Buat Air Detox Sendiri Untuk Kurus Dan Sihat Dan Cairkan Lemak

Infused water atau air detox adalah campuran air kosong dengan buah-buahan, daun herba atau madu dan dibiarkan selama beberapa jam sebelum di minum. Biasanya resepi ini menggunakan buah seperti mangga, strawberi, anggur, barries dan epal kemudian di rendam bersama daun herba seperti daun peppermint, basil, pudina, saderi atau campur saja dengan madu. Tapi boleh saja guna buah tempatan seperti tembikai cina (watermelon), buah naga, nenas, betik, laici, jambu batu. Nak tambah cinnamon (kulit kayu manis), serai, halia atau timun pun boleh.

Kalau ikut pengalaman saya sendiri, minum air detox lemon dengan teh hijau dah jadi rutin minuman harian saya. Yang bagusnya, ia telah menyebabkan tahap kesihatan saya semakin baik, nak kena batuk dan demam dalam setahun pun jarang.. alhamdulillah.

Air detox kini telah pun jadi minuman rutin yang mudah disediakan. Tak perlu susah payah nak buat air detox kerana sudah ada banyak pendedahan tentang kebaikan dan khasiatnya air detox. So, jadikan air detox sebagai minuman harian anda. Yang penting jaga kesihatan pada harga yang mampu milik…❤💖💖

Cara Buat Air Detox Sendiri Untuk Kurus Dan Sihat

Antara kesan yang boleh didapati apabila anda minum “infused water” atau air detox ialah:

meningkatkan tahap metabolisma
menjadikan and cepat kenyang dan mengelakkan dari makan junk food
membantu tubuh membebaskan sel lemak secara semulajadi
meningkatkan mood
mengurangkan keletihan pada otot semasa bersenam

Antara bahan-bahan yang boleh digunakan untuk membuat Air Detox:

Buah-buahan
Sitrus: Grapefruit, lemon, limau nipis, oren
Beri: Strawberry, raspberry, blueberry, blackberry, ceri

Buah tempatan:
Delima, mangga, nanas, belimbing

Melon: Honeydew, tembikai, rockmelon

Pilihan lain: Epal, anggur, plum, peach

Sayuran: Timun, lobak merah, daun saderi, peppers

Herba: Pudina, sage, rosemary, selasih, cilantro, thyme, stevia, lavender

Rempah-ratus:
Halia, kulit kayu manis, lada hitam

Cara Penyimpanan Air Detox

Simpan infused water atau air detox dalam bekas bertutup dan masukkan dalam peti sejuk. Selalunya ia bertahan selama seminggu. Tetapi untuk memastikan kesegaran buah-buahan yang digunakan adalah lebih elok habiskan dalam masa 3 hari sahaja. Ini untuk elakkan buah-buah yang direndam menjadi terlalu lembik dan berubah warna. Paling baik habiskan sehari sekali. Lepas itu buat yang baru. Lebih sedap dan menyegarkan.

Cara Buat Air Detox Sendiri Untuk Kurus Dan Sihat

9 Cara Buat Air Detox Sendiri Untuk Kurus Dan Sihat

Koleksi resepi berikut adalah dari sumber FB yang saya ambil untuk dikongsikan kepada anda semua.

Resepi Air Detox Nanas dan Anggur Merah

Rasanya yang manis ( tetapi tidak terlalu manis ) adalah sangat menyegarkan , terutama apabila anda minum sejuk . Pada yang tak suka minum air kosong boleh cuba resepi ini.

Bahan-bahan:

Air kosong / Air Mineral,
Buah anggur merah – dibelah dua
2-3 keping nanas yang telah dihiris

Nota: boleh gunakan seberapa banyak buah anggur yang anda suka terpulang pada citarasa masing-masing.

Cara penyediaan:

Satukan kesemua buahan didalam balang / jag air. Kemudian tuangkan air kosong. Simpan di dalam peti sejuk dalam 3-4 jam sebelum dihidangkan.Hidangkan sejuk. Jika tidak suka sejuk boleh dibiarkan diluar selama 3-4 jam.

Kelebihan buah anggur masih enak walaupun sudah digunakan jadi selepas selesai minum anda boleh nikmati buah anggur tadi.Resepi Air Detox Buah timun dan lemon

Bahan-bahan:

2 liter air kosong
Timun dipotong ikut suka
Buah lemon – dihiris atau diperahkan jusnya kedalam air
3-4 helai daun pudina

Cara Buat Air Detox Sendiri Untuk Kurus Dan Sihat

Cara penyediaan:

Campurkan semua bahan-bahan di dalam bekas kedap udara, masukkan air dan biarkan di dalam peti sejuk selama1-2 jam. Boleh juga diletakkan diluar untuk yang tidak suka sejuk. Jika tiada buah lemon boleh gantikan dengan buah limau nipis.

3. Resepi Air Detox Strawberry dan tembikai

Bahan-bahan:

2-3 biji buah strawberry dihiris
Buah tembikai di potong kiub – terpulang pada anda banyak mana yg anda suka
2-3 helai daun pudina
2 liter air kosong / air mineral

Cara penyediaan:

Masukkan semua buahan yg telah dipotong ke dalam jag / balang. Kemudian isikan air mineral biarkan selama 2 ke 3 jam. Boleh juga disimpan di dalam peti sejuk untuk anda yg suka minum sejuk. Selamat mencuba.

Resepi Air Detox untuk mengawal selera makan dan mencantikkan kulit

buah lemon jika 1000 ml air sebaiknya guna 1-2 hiris shj takut jd terlalu masam dan pahit
buah strawberry dihiris
buah apple dipotong baji
beberapa helai daun pudina
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis / stgh batang kulit kayu manis
Air kosong / Air Mineral

Kebaikan bahan-bahan ini:

Kayu manis: melancarkan peredaran darah dan mengawal kandungan gula dalam darah. Ini membantu anda makan pada kadar yg sedikit dan membantu mengawal kalori yg diperlukan.
Apple: mengandungi Vitamin C untuk kecantikan kulit, menjaga dan memelihara tulang dan membantu penyembuhan luka yg cepat
Strawberries: anti penuaan, anti oksidan dan melicinkan kulit.
Daun pudina: melancarkan sistem perkumuhan.
Lemon: mengatasi sembelit dan membantu membakar lemak di dalam badan

Resepi air detox Apple dan kulit kayu manis

Buat dalam 2 liter air, dan boleh re-fill 3 atau 4 kali sebelum menukar hirisan buah apple dan kulit kayu manis yang baru.

Bahan-bahan:

Sebiji buah apple dipotong nipis, tak kisah jenis apple yang anda gemari.
1 batang kayu manis

Cara Membuatnya:

Masukkan buah apple yang telah dihiris kedalam balang. Masukkan air kosong, kemudian masukkan sebatang kayu manis, dan jika suka boleh letak beberapa kiub ais kedalam air tersebut. Biarkan sekurang-kurangnya satu jam dan bolehlah terus diminum atau boleh juga letak didalam peti sejuk jika suka.
Boleh tambah kulit kayu manis jika suka rasa yang lebih kuat.

Kebaikan air detoks ini: Meningkatkan tahap metabolisma dalam badan.

Resepi Air Detoks Mangga dan Daun Pudina

Bahan-bahan:

2 tangkai daun pudina segar ( atau kira-kira 8 helai daun kecil )
1/2 biji mangga , dibuang kulit dan dipotong mengikut citarasa anda
Air kosong / Air Mineral

Cara penyediaan:

Campurkan daun pudina dan hirisan buah mangga didalam air dan biarkan selama 3-4 jam pada suhu bilik atau pada yang suka sejuk boleh disimpan didalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

mangga masak akan mempunyai rasa yang lebih sedap dan manis berbanding mangga yang muda

Resepi Air Tropikal Nanas dan Oren

Bahan-bahan:

2 liter air kosong / air mineral
Sebiji buah oren – dihiris
2 atau 3 hiris nenas – sedap jika guna nenas yang ranum masak

Cara penyediaan:

Campurkan kesemua hirisan buah nanas dan oren kedalam jug / balang air. Kemudian masukkan air kosong dan biarkan selama 1-2 jam sebelum dihidangkan. Jika suka sejuk boleh masukkan kedalam peti sejuk atau campurkan ais kiub. Selamat mencuba

Kebaikan buah nanas dan oren: kaya dengan Vitamin C, banyak kelebihan dari segi kesihatan seperti meningkatkan imunisasi dalam badan juga membaiki sistem penghadaman dan mencantikkan kulit.

Resepi air detoks Teh Hijau – untuk menurunkan berat badan

Bahan bahan:

Seuncang teh hijau
Sebiji lemon
Sesudu madu
Air kosong / air mineral

Cara cara:

Rendam seuncang teh hijau dalam segelas air panas dan biarkan seketika
Hiris sebiji lemon dan masukkan ia ke dalam sebiji botol
Larutkan sesudu madu ke dalam segelas teh hijau tadi
Isikan air kosong sehingga separuh botol
keluarkan uncang teh hijau dan ketepikan
Masukkan teh hijau bersama madu tadi ke dalam botol berisi lemon
Isi air kosong / air mineral sehingga penuh sebotol
Tutup botol dan goncangkan ia perlahan lahan dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk dibiarkan sejuk.

Air Barli Lemon – Resepi Turunkan Kolesterol

Air Barli dengan Lemon ini amat bagus untuk menurunkan kolestrol, menurunkan berat badan, mencegah jangkitan saluran kencing, mencegah batu karang, anti-bakteria (bagus diambil ketika demam, batuk dan selsema) & mengawal gula dalam darah.

Bahan-Bahan:

Barli biji
Madu
Lemon

Cara-Caranya:

Basuh barley & rendam seketika.
Masak barli sehingga lembut.
Masukkan dalam cawan – squeeze sdikit lemon + madu.

Baca juga: ♥♥Air Lemon Dan Barli Kurangkan Kolesterol Dengan Segera

Sumber: Facebook Air Detox Untuk Kurus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *