99 kerja tambahan yang perlu dilakukan seorang guru selain mengajar

 Para guru dilongokkan dengan puluhan kerja tambahan walaupun kerja hakiki mereka yang sebenarnya adalah mengajar.

WhatsAppFacebookTwitterLinkedIn

Wartawan TMTPublished 5 months ago on December 21, 2022By Wartawan TMT99 kerja tambahan yang perlu dilakukan seorang guru selain mengajarFoto: Gambar sekadar hiasan.

Para guru dilongokkan berpuluh-puluh kerja tambahan walaupun kerja hakiki adalah mengajar.

Dakwaan itu dibuat pengguna Facebook, Othman Talib atau turut dikenali sebagai Dr OT di mana beliau menyenaraikan hampir 100 kerja tambahan perlu dilaksanakan para guru di Malaysia.

“Dalam pada itu, guru juga mungkin di psiko dengan ‘Tidak pandai mengajar dan kurang kreatif’ sambil mengayat ‘Perlu ikhlas dalam mengajar’ untuk mendapat ‘Keberkatan gaji yang diterima’ dan kalau tak suka ‘Kenapa pilih jadi guru ?’”

Ada diantara mereka (guru) mengatakan bebanan kerja sebegitu antara punca segelintir para guru memilih pencen lebih awal dan tertekan.

KUALA LUMPUR – Para guru dilongokkan dengan puluhan kerja tambahan walaupun kerja hakiki mereka yang sebenarnya adalah mengajar.

Dakwaan itu dibuat pengguna Facebook, Othman Talib atau turut dikenali sebagai Dr OT di mana beliau menyenaraikan hampir 100 kerja tambahan yang perlu dilaksanakan para guru di Malaysia.

Katanya, sekalipun kerja tambahan itu tidak dilaksanakan secara serentak oleh para guru namun senarai panjang itu tidak berlaku di negara yang maju pendidikannya.

“Percayalah, senarai sepanjang ini tidak berlaku di negara yang maju pendidikannya, yang kita cuba belajar dari mereka. 

“Mereka juga ada menyelia murid sedang makan misalnya tetapi semuanya termasuk dalam jadual waktu tanpa mencuri waktu Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) guru secara keterlaluan. 

“Jika bawa murid explorasi keluar pun itu sebahagian PdP,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook, pada Isnin.

Beliau dalam kenyataan itu turut menambah bahawa para guru di negara maju diberi kepercayaan dan autonomi serta seorang pembantu guru untuk menguruskan sebuah kelas yang kecil.

Othman berkata, dengan autonomi itu, guru tersebut tidaklah sekadar goyang kaki sebaliknya mereka berusaha menyediakan PdP terbaik kerana ada akauntabiliti. 

Malah, situasi ini memperlihatkan bagaimana tenaga dan fikiran guru hanya difokuskan kepada PdP.

“Ada juga guru di negara kita yang seronok boleh lakukan kerja-kerja luar kelas, meninggalkan murid diambil alih oleh guru lain. Malah mendapat pelbagai anugerah pula sedangkan ini tidak berlaku di negara maju pendidikannya.

“Percayalah juga, guru negara maju seperti Australia tidak akan menjadi guru sukan untuk ke sana ke mari dan perkara-perkara berkaitan dengannya kerana sukan diserahkan kepada komuniti dan pihak berkuasa tempatan. 

“Bagi mereka, tugas utama guru adalah mengajar.”

“Senarai panjang dibawah seperti menunjukkan kurangnya sensitiviti pengurusan pendidikan, melonggokkan pelbagai tugas sampingan kepada guru yang tanggungjawab hakikinya adalah mengajar.

“Dalam pada itu, guru juga mungkin di psiko dengan ‘Tidak pandai mengajar dan kurang kreatif’ sambil mengayat ‘Perlu ikhlas dalam mengajar’ untuk mendapat ‘Keberkatan gaji yang diterima’ dan kalau tak suka ‘Kenapa pilih jadi guru ?’” kata beliau.

Othman juga mengatakan bahawa para guru ini boleh sahaja menyelesaikan tugasan sampingan itu bagi melancarkan perjalanan sekolah.

Bagaimanapun, semakin lama pihak terkait semakin  mengambil kesempatan ke atas para guru ini seolah langsung tiada empati sehingga mengganggu tugas hakiki seorang pendidik.

Tambahnya, sebagai ibu bapa kita juga perlu mengambil tahu akan betapa banyaknya kerja sampingan guru-guru di Malaysia.

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata para guru bersetuju dengan kenyataan Othman.

Ada diantara mereka mengatakan bebanan kerja sebegitu menjadi antara punca segelintir para guru memilih pencen lebih awal dan tertekan.

Kata mereka, inilah realiti dunia pendidikan hari ini di mana sejak enam dekad lalu berada dalam kegelapan dan mendung bahkan ketika ini sudah ‘banjir’.

Lebih merisaukan, apabila trend guru bersara awal berlaku peningkatan apabila sebanyak 4,360 permohonan persaraan awal pada 2021 iaitu bersamaan dengan 1.06 peratus jumlah keseluruhan guru.

Pada 18 April, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dalam satu kenyataan menganggarkan, lebih 10,000 guru membuat pilihan bersara awal setiap tahun kebelakangan ini, jauh melebihi statistik Kementerian Pendidikan (KPM).

Berikut merupakan tugasan sampingan para guru yang disenaraikan Othman;

E-Operasi

E-Pangkat

E-Prestasi

HRMIS

SPLG

E-Tukar

E-Profil

SPPBS

Psikometrik

E-SPTS

APDM

SPS

SAPS

SARANA IBU BAPA

Guru Penyayang

Mentor Mentee

Minda Sihat

L4

Konsep Kendiri

Pegawai Aset

TS25

E-Nilam

Zoom A

EMIS

SSDM

SSQS

NKRA – LINUS

E-kehadiran

IQ-PSS

PROTIM

1M1S

Myspata

E-mateks for SPBT

E-bulk for SPBT

Ujian komptensi ICT

Sistem SKPK Prasekolah

Jurufoto untuk evidence

Kira dan bahagi kotak susu

Pegawai pengiring

Pegawai library

Penetapan Expected Target Result (ETR) / Petunjuk Prestasi Utama (KPI) setiap subjek

Aktiviti persatuan

Aktiviti sukan

Aktiviti ko-akademik

Kajian tindakan

Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) Negeri Johor

Keceriaan kelas

Latihan kebakaran & kecemasan

Kem motivasi

Kemaskini fail kurikulum

Program susu sekolah

Program pemulihan pengayaan

PEKA/PAFA

Pelaporan guru bertugas harian

Program sekolah selamat

Pelaporan kantin

Persiapan padang dan balapan

Program akses kendiri

Program pecutan UPSR/PMR/SPM

Kelas tambahan cuti sekolah

Projek hikmah

Galeria sekolah

Pengurusan stok dan rekod

Pengurusan panitia

Sukan sekolah

Kokurikulum unit uniform

Kokurikulum permainan

Kokurikulum kelab

Temasya sukan daerah

Temasya sukan negeri

Temasya sukan kebangsaan

Sukan antarabangsa

Penandaarasan

Guru kelas

AJK PIBG 

AJK kelab guru

AJK majlis-majlis rasmi jabatan dan kementerian

Jurulatih utama

Pengerusi teknik

Penyelaras tahun

Pengadil pertandingan

Teknikal olahraga

Guru pengiring

Cuci tandas pertandingan tandas

Kutip sampah kitar semula

Kutip sampah hari kanak2

Pemantauan PdP

Pemantauan rekod mengajar

Buddy system

Laporan prestasi

Hari bertemu pelanggan

Gubal, taip, cetak soalan

My portfolio

Kursus, taklimat, bengkel, seminar

Mengurus murid sakit

Buat modul

SU pelbagai program

Sediakan minit mesyuarat

Dan tugas yang akan diarahkan dari masa ke semasa…

Berikutan itu, para guru mengharapkan bebanan tugasan ini dapat diringankan sekaligus membawa reformasi pendidikan kepada Malaysia. 

Jika anda lelah membaca senarai panjang ini, bayangkan pula kelelahan para pendidik yang perlu dihadapkan dengan tugasan sampingan di atas. 

Jadi, wajarkah guru dibebani kerja yang bukan hakiki? – The Merdeka Times

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *