Sejak sambutan Hari Kebangsaan yang ke-65 pada 31 Ogos lalu nama ‘abang bomba’ telah menjadi sebutan dengan pelbagai isu termasuk kanak-kanak yang tersilap membuat ‘mini love’ ketika berarak dengan pasukan bomba.
Semalam, nama anggota k3selamatan itu menjadi tumpuan lagi. Walaupun digelar ‘Abang Sado’ (berbadan sasa dan berotot) anggota bomba kali ini menjadi tumpuan kerena kemahiran memasak pula.
Semalam anggota bomba dari Selangor mempamerkan kehebatan beraksi di dapur menerusi trak makanan ‘Fire Kitchen Abang Bomba’ pada Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kedah di Alor Setar Kedah.
Anggota terlibat menggunakan kemahiran berkenaan untuk memasak mi goreng, kuetiau goreng dan bihun goreng yang dijual kepada pengunjung pada harga hanya 50 sen sepinggan.
Dengarnya tarikan harga serendah 50 sen itu bertujuan membolehkan orang ramai berpeluang membeli makanan tersebut.
Jelajah AKM Kedah yang berlangsung tiga hari mulai semalam di Stadium Darul Aman di sini adalah edisi k3sembilan selepas Johor, Perlis, Sabah, Terengganu, Perak, Kelantan, Sarawak dan Selangor.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Gempak