Aci Ni Tak Pernah Tinggal Buat Sedekah Dan Tahlil Untuk Arwh Adiknya Yang Merupakan Se0rang Muallaf Walaupun Berlainan Agama

Hubungan kekeluargaan diibaratkan bagai air dicincang tidak akan putus, begitu juga dengan golongan muallaf, meskipun sudah bertukar agama ia tidak akan mengubah pertalian d4rah.

Beberapa ketika lalu, menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook bernama Rizal Imran, menceritakan mengenai nilai kasih-sayang seorang wanita berbangsa India terhadaap arwh adiknya yang merupakan seorang muallaf.

Menurut, Rizal, wanita India yang mesra disapa dengan panggilan Aci, tidak pernah lupa memberi wang untuk membuat majlis tahlil buat arwh adiknya, apabila tiba sahaja bulan Ramadan.

Setiap kali Ramadan tak pernah tinggal bagi sedekah untuk tahlil adik

Difahamkan, Aci itu juga sering bersedekah kepada masjid dan surau sambil dibantu oleh anak lelakinya, membuatkan Rizal sempat bergurau memintanya masuk Islam mengikut jejak langkah adiknya.

“Setiap tahun Ramadan dia akan bagi wang untuk bacaan tahlil adiknya ke surau, tidak lupa juga buahan memang banyak yang dia sedekahkan, sempat bergurau, cakap pada dia, ‘Aci every year aci sedekah. Aci kena masuk Islam juga lah macam your late brother’.. dia gelak jer cakap ‘Inshaallah Inshaallah’…”

Walaupun berlainan agama, namun itulah tanda sayangnya seorang kakak terhadap adik yang telah meninggl dunia, membuatkan Aci tersebut tidak lokek untuk memberi sumbangan dan sedekah atas nama arwh.

Macam ni baru patut viral…

Rata-rata netizen juga turut menzahirkan rasa kagum terhadap sifat mulia yang dimiliki Aci serta anak lelakinya, malah ramai yang mendoakan agar satu hari nanti mereka dikurniakan pentunjuk daripada Allah.

Semoga mereka mendapat hidayah satu hari nanti

Sumber : Rizal Imran