Air Nasi Ubat Demam Orang Dulu-Dulu. Bukan Tu Je, Saintis Ni Senaraikan Lagi Khasiat Lain & Rugi Tak Minum!

Bercerita tentang nostalgia minum air dadih ini, mungkin ada diantara anda pernah melalui kenangan zaman kecil-kecil dulu bila demam ibu akan turut berikan air didih nasi sebagai penawar.

Ibu akan segera menanak nasi dan diambilnya semangkuk air didih dan disuakan ke mulut kita. Rasa air tersebut tidak dinafikan memang enak dan sekali gus dapat membantu menambah selera makan ketika itu.

Berkongsi info berkenaan khasiat air didih, Dr Suri Roowi ada faktanya yang telah dikongsikan di facebooknya yang mungkin ada yang tak tahu.

KHASIAT AIR NASI – ‘Ubat’ Demam Orang Dulu-Dulu

Kalau sudah memang rakyat Malaysia, semestinya tidak boleh lari lagi dari makan nasi.
Beras ada pelbagai jenis antaranya beras perang, beras putih, beras basmathi dan lain-lain lagi.

Sebelum kita masak nasi menggunakan periuk nasi elektrik atau masak atas api, perkara utama yang perlu kita lakukan adalah basuh dahulu beras tersebut. Ia bertujuan untuk membuang habuk pada beras tersebut.

Tahukah anda, air rebusan nasi sebenarnya lebih berkhasiat berbanding nasi itu sendiri. Ini kerana

a. Kajian menunjukkan air nasi beras perang kaya asid coumaric dan asid ferulik. Bahan-bahan ini bertindak sebagai antikanser, antidiabetes dan antioksidan.

b. Bahan berkhasiat ini biasanya hadir dalam bentuk bebas dalam air nasi dan mudah diserap ke dalam darah.

c. Air nasi yang dibuat menggunakan beras perang dan beras berwarna juga didapati lebih tinggi bahan antioksidan berbanding beras putih.

ADVERTISEMENT

d. Air nasi juga dapat membantu mengatasi masalah angin, sembelit atau cirit birit

e. Selain itu, air nasi dapat menstabilkan suhu badan dan mengelakkan dehidrasi.

g. Air nasi juga membantu menurunkan berat badan

h. Seeloknya diminum bersama madu asli

Selain itu diperkongsian lain, Puan Zaiton Ahmad telah berkongsi di group masakan berkenaan cara penyediaan air dadih dan dalam masa yang sama dapat memasak nasi dengan sempurna.

Masak atas dapur jer..
Rebus air dalam periuk nasi dan lebihkan anggaran 2 mug..
Air sudah mendidih masukkan beras yang sudah di basuh. Biarkan air rebusan menjadi keruh dan mendidih (tak perlu tutup periuk nasi).
Cedok dengan senduk air anggaran lebihan tadi.
Nasi dah kering air baru pelahan api dan tutup tudung periuk. Air didih dapat, nasi pun masak cantik sebiji tau!!