Akak Tolong Jangan Membazir Duit! Begini Cara Buat Racun Serangga Organik Guna Cili & Bawang Putih!

Perasan tak korang kalau pergi pasar, sayur-sayuran yang dijual nampak sangat subur dan cantik tanpa sebarang gigitan serangga. Namun ianya belum tentu racun yang digunakan adalah selamat serta sayuran yang kita makan belum tentu bebas dari racun kimia.

Ada banyak kes keracunan makanan disebabkan oleh penggunaan racun serangga kimia yang berlebihan pada tanaman. Akibat daripada isu ini, kini semakin ramai petani yang beralih kepada racun serangga organik yang banyak dijual dikedai. Ianya lebih selamat dan mesra alam.

kali ini saya kongsikan cara mudah buat racun serangga organik hanya mengguakan bawang putih dan cili api.

Bahan-bahan yang digunakan ialah: Bawang putih, cili api, sabun pencuci piring.

Kalau nak extra power boleh tambahkan bawang merah, minyak masak dan minyak kayu putih. Saya sendiri sudah mencuba kesemua dan ianya amat berkesan. Paling penting racun serangga buatan sendiri ini selamat dan tidak memudaratkan kesihatan.

Mula-mula hiris bawang putih dan bawang merah kecil-kecil


Masukkan ke dalam blender atau mesin pengisar, sekaligus dengan cili padi dan isikan air hingga semuanya tenggelam

kisar hingga halus

Kemudian saring dengan penyaring supaya sisa kisaran tidak bercampur dengan air yang kita gunakan untuk sembur serangga nanti

Masukkan ke dalam botol spray

Tambahkan air hingga penuh


Tambah sesudu sabun pencuci piring, apa-apa jenama pun boleh

Tutup dengan penutup dan sedia untuk digunakan

Selamat mencuba!

SUMBER;VANILA KISMI