Akhirnya masalah kucing berak dan kencing selesai dengan hanya guna cara ini. Pastinya anda sakit hati apabila menghirup udara segar pagi hari apabila melangkah keluar dari pintu rumah untuk ke tempat kerja tetapi tup-tup bau tahi kucing menusuk ke hidung. Fuh! Memang terbakar jiwa dibuatnya.
Sedikit sebanyak pasti akan ada sumpah seranah terkeluar. Lagi stress apabila pelbagai tips menghalang kucing berak di laman rumah telah anda lakukan namun kesemuanya gagal. Ha, baru-baru ini satu perkongsian tips mudah untuk perkara ini telah pun menjadi viral.
Akhirnya masalah kucing berak dan kencing selesai dengan hanya guna cara ini
Resepi :
1. 7-10 titis cuka makan (pada firasat sis, bau dy masam so busuk so kucing tak berkenan nak kencing/berak kt tempat yg disembur tu)
2. 1/4 penutup pelembut kain (tak kisah laa brand ape sbb nak bg wangi ckit je, sbb kalau letak cuka je nt bau busuk, kalau letak pelembut kain ni wangi la ckit baunye..?)
3. Air paip (agak2 laa sampai penuh bekas spray)
Ha dh isi sume bahan dlm ni goncang2 kan dah bley spray kat tempat mana yg kucing suka kencing/berak..alhamdulillah setakat ni car porch sis dh bebas bau kencing kucing..kalau tak, bukak je sliding door rse nk pengsan..? spray laa 2hr sekali..kalau rajin, spray hari2 pun x pe..selamat mencuba guys
Nampak sangat mudah kan? Selepas gagal menggunakan teknik air sirap, teknik minyak tanah dan macam-macam lagi teknik, kami akan cuba applikasikan teknik terbaru ini. Sekiranya berjaya, kami akan maklumkan kepada anda.
Sama-sama kita bebaskan laman rumah daripada menjadi mangsa pemberakan kucing.
sumber;minggua wanita