Tikus belanda atau hamster sangat popular sebagian haiwan peliharaan terutamanya buat kanak-kanak kecil yang baru berjinak-jinak untuk belajar menjaga haiwan peliharaan.
Hamster menjadi pilihan popular bukan sahaja kerana rupa mereka yang comel di samping murah, tetapi ia juga dianggap sebagai salah seekor haiwan yang paling mudah dijaga.
Walau bagaimanapun, berbeza dengan haiwan-haiwan peliharaan lain, jangka hayat tikus belanda hanya bertahan selama 2 ke 4 tahun kerana mereka cenderung untuk dijangkiti penyakit-penyakit keturunan seperti kegagalan jantung dan jangkitan bakteria berbahaya yang boleh menyebabkan cirit-birit dan dehidrasi.
Oleh itu ibu bapa perlu mengajar anak mereka yang membela hamster untuk bersedia menghadapi kepergiaan haiwan peliharaan mereka.
Namun berbeza pula dengan apa yang berlaku kepada seekor tikus belanda
Ketika anaknya berada di sekolah, seorang ibu sempat merakamkan aksi hamsternya di dalam kandang yang membuat wanita itu panik.
Tikus belanda itu dapat dilihat cuba untuk memanjat bekas airnya dan menjatuhkan botol itu sebelum memasukkan lehernya ke dalam tali seolah-olah ingin menggantung dirinya.
Tindakan tikus bernama Hank itu membuat wanita yang merakam video tersebut panik dan memanggil suaminya untuk membantu hamster berkenaan.
Menurut pemilik hamster itu, Hank berjaya diselamatkan, namun rata-rata netizen bingung dengan tindakan haiwan itu.
“Apa yang korang buat dengan tikus ni…”
“Dia dah penat…”
“Terkurung dalam kandang tak boleh pergi mana2…”
I would too if I got stuck in a cage and can’t go anywhere
“Dia takde kebebasan…”
He trapped in a cage, he lacks freedom. I don’t blame him. Either he was tryna escape or “Gary’s hanging himself! Gary’s hanging himself
sumber ;twitter