Nasi Lemak merupakan hidangan kegemaran ramai rakyat Malaysia. Walaupun sudah wujud semenjak dahulu lagi, ia masih lagi terkenal. Malah, terdapat pelbagai variasi dan kombinasi Nasi Lemak menarik yang boleh dicuba seperti Nasi Lemak Cheese, Sushi Nasi Lemak, Kek Keju Nasi Lemak dan sebagainya.
Seperti dilihat, segelintir kombinasi yang telah dicipta sangatlah aneh. Ada yang menjadi, ada pula yang sebaliknya. Hakikatnya tak semua suka apabila rasa asli Nasi Lemak ‘dirosakkan’ dengan penambahan bahan asing.
Lelaki Hairan, Beli Nasi Lemak Tapi Jumpa Benda ‘Pelik’
Terbaharu, seorang pengguna, mohdkhilfi83, telah memuat naik sebuah video di laman media sosial untuk berkongsi pengalaman yang begitu aneh buat dirinya.
Telah membeli sebungkus Nasi Lemak dari seorang peniaga berhampiran, lelaki itu membawanya pulang untuk dinikmati. Dibelek, rupa Nasi Lemak itu seperti biasa dan lengkap. Ada nasi, sambal ikan bilis, telur rebus dan timun tapi dia berasa hairan bila menemui sesuatu yang aneh.beli nasi lemak tapi
Dilihat, lelaki itu berasa pelik bila jumpa seekor ikan masin dalam Nasi Lemak yang dibeli. Menurutnya, Nasi Lemak sekarang ini macam-macam. Ada sahaja macam-macam bahan yang diletakkan.