Al-Quran masih sempurna walau rumah musnah terbakar

LIPIS – Empat naskhah al-Quran yang berada di bahagian ruang tamu sebuah rumah yang terbakar masih sempurna dan meskipun rumah berkenaan musnah seratus peratus dalam kejadian kebakaran semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari di Taman Pertama di sini menyaksikan dua buah rumah termasuk rumah berkenaan musnah seratus peratus, manakala sebuah rumah lagi musnah kira-kira 50 peratus.

Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Shahrul Nizam Nasir berkata, naskhah al-Quran berkenaan ditemukan oleh pasukan bomba yang melakukan operasi pemadaman di bawah timbunan abu selepas api dipadamkan.

Ads by Kiosked
“Kami seramai tiga orang pegawai dan 15 orang anggota bomba Balai Bomba Kuala Lupis dan Balai Bomba Sungai Koyan yang menjalankan operasi memadamkan api sungguh terkejut dan teruja apabila mendapati naskhah al-Quran masih berkeadaan elok.

“Apabila disemak helaian naskhah al-Quran ini, tulisan masih elok dan jelas serta boleh dibaca walaupun bahagian tepi ada sedikit kesan kebakaran,” katanya di sini semalam.

Menurut Shahrul Nizam, penemuan al-Quran yang masih elok itu menunjukkan kebesaran Allah dan ia diserahkan kepada pemilik rumah terbabit.

sumber;K! ONLINE.