Alhamdulillah Penantian 30 Tahun Berakhir, “Kalau la abah masih ada” Mak Terus Sihat Lepas Tengok Orked Harimau Berbunga

 

BAGI mereka
yang meminati aktiviti bercucuk tanam tumbuhan hiasan, pelbagai kaedah mahupun
petua akan dilakukan bagi mendapatkan hasil yang memuaskan.

Pun begitu, ada
kalanya segala jenis petua yang dikongsikan tidak berhasil pada tanaman tanpa
diketahui punca sebenar sehingga ada yang berputus asa dengannya.

Seperti yang
dikongsikan seorang pelayar TikTok Baenafell ini, pokok orked yang
ditanam ibunya tidak pernah berbunga meskipun tumbuhan itu sudah berusia 30
tahun.

Namun dengan izin
Allah, baru-baru ini orked harimau tersebut mengeluarkan bunga pertamanya
sekali gus mengejutkan ibu serta seluruh ahli keluarganya.


Tambahan pula pada
masa itu, ibunya sedang sakit dan tidak mampu bangun untuk menguruskan tanaman
seperti kebiasaannya.

Bercerita lanjut
kepada mStar, Ellie Rahim berkata, sejak ditanam 30 tahun lalu
pelbagai cara dilakukan ibunya supaya pokok orked harimau tersebut mengeluarkan
bunga.

“Mak dah puas
bagi macam-macam jenis baja, vitamin pokok serta ikut tip daripada orang ramai.

“Daripada baja
murah hingga baja mahal, tabur kulit telur la, air beras, semua dah cuba. Tapi
sekali pun tak pernah berbunga,” luahnya.

Menurutnya, pokok
tersebut ditanam ketika ibunya yang bernama Ramlah Awang Ahmad berusia 29
tahun.

Malah katanya lagi,
ketika itu adik bongsunya baru berumur empat tahun.

“Sekarang mak
dah bercucu tujuh orang dan adik bongsu pun dah ada du orang anak,”
ujarnya lagi.

Kalaulah abah masih ada, mesti dia
gembira akhirnya dapat tengok orked harimau yang mereka sama-sama jaga macam
anak sendiri dah berbunga.

ELLIE RAHIM

Pun begitu kata
Ellie ibunya tidak pernah terfikir untuk membuang sebaliknya sentiasa
‘bercakap’ dan memujuk pokok tersebut untuk mengeluarkan bunga walaupun sekali.

“Mak selalu
cakap dengan pokok-pokok dia… dengan orked harimau ni dah 30 tahun pujuk
suruh berbunga tapi macam tu juga.

“Akhir sekali
sebelum mak jatuh sakit sebulan lepas, mak cakap pada orked tu yang mak
teringin nak tengok dia berbunga sebab dah 30 tahun tapi tak pernah ada lagi.

“Kemudian mak
jatuh sakit. Pertama kali mak sakit yang lama dan tak boleh bangun sebab kena
jangkitan kuman. Badannya lemah berpanjangan,” tambahnya lagi.

Menurut wanita
berusia 34 tahun itu lagi, kesihatan ibunya kembali pulih selepas tiga minggu
sakit terlantar.


Lebih mengejutkan
dan menambah semangat apabila melihat orked harimau kesayangannya itu
mengeluarkan bunga.

Disebabkan itu,
ibunya meluahkan rasa syukur dan menyatakan dia kembali sihat selepas melihat
bunga orked berkenaan.

” Mak
cakap ‘Alhamdulillah syukur Ya Allah berbunga awak ni’.

“Kemudian mak
terus cakap yang dia rasa sihat dan hilang semua rasa sakit yang dialami hampir
sebulan tu,” katanya yang berasal dari Pekan, Pahang.

Mengimbau kenangan
tentang orked tersebut dan arwah bapanya, Ellie berkata, hobi ibunya yang kini
berusia 59 tahun sentiasa mendapat sokongan daripada keluarga.

Malah arwah bapanya
sanggup membina kolam ikan di keliling pokok bunga bagi mengindahkan sudut tanaman
ibunya itu.

“Arwah abah
meninggal 4 Oktober 2022 selepas 40 tahun hidup bersama dengan mak.

“Sejak dulu
memang arwah abah rajin tolong mak jaga bunga-bunga dan dia sangat mendokong
minat mak… tolong cantas pokok, buat pasu-pasu besar serta tempat gantung
pokok.

“Boleh nampak
kasih sayang abah pada mak ni luar biasa. Kalaulah abah masih ada, mesti dia
pun gembira sangat sebab akhirnya dapat tengok orked harimau yang mereka
sama-sama jaga macam anak sendiri dah berbunga,” luahnya.

Sumber mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen,
Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Myteam Network tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang
diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik
akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik
akaun itu sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *