Ambil Masa 2 Minggu Nak ‘move on’, Jadikan Kata-Kata Ibu Sumber Kekuatan Isteri Pertama Rahim

 

Hangat sana sini perkatakan tentang isu poligami,
baru-baru ini isteri pertama kepada pelawak dan penyampai radio, Rahim Sepahtu
iaitu Norazlin Abdullah mendedahkan dia telah mengurung dirinya selama dua
minggu di dalam bilik selepas suaminya memberitahu bakal bernikah sekali lagi.

Menerusi hantaran video di TikTok Sinar FM,
Norazlin atau mesra dengan sapaan Kolin berkata, mustahil untuk dia tidak
berasa sedih apabila mendapat tahu berita tersebut.





















Bagaimanapun, dia mengambil keputusan untuk
melupakan rasa sedih itu selepas dua minggu berkurung.

” Saya percaya semua wanita akan berasa sedih bila
tahu suami mahu kahwin dua. Mustahil kalau saya kata tidak sedih.

” Berapa lama masa untuk move on itu bergantung
kepada individu, macam saya hanya mengambil masa dua minggu sahaja.

” Sebabnya, Rahim memainkan peranan dia sebagai
suami dengan baik. Saya rasa tidak dibuang pun.

” Sepanjang dua minggu itu saya duduk dalam bilik.
Saya tak keluar rumah, tak pergi mana-mana.

” Kemudian baru diri saya dah rasa okey. Saya
keluar bilik. Terus saya move on dan lupakan perasaan sedih itu,” katanya.

Kolin berkongsi mengenai perkara itu ketika menjadi
tetamu dalam sebuah segmen di stesen radio tersebut, baru-baru ini.

Dalam masa sama, Kolin berkata ibunya merupakan
individu yang menjadi sumber kekuatan buat dirinya.

” Sumber kekuatan itu mungkin datang daripada ibu
saya. Dia pernah pesan dekat saya mengatakan yang setiap orang ada bahagian
mereka masing-masing. Mungkin inilah bahagian saya (hidup bermadu).

” Waktu berlaku itu saya senang dengan suami, tak
akan saya nak lepaskan dia., tak akan saya nak lepaskan dia. Kami sudah ada
keluarga, ada anak-anak. Semua sudut diambik kira dan difikirkan,” tambahnya.

Rahim atau nama sebenarnva Rahim Mat Ali, 49, mempunyai dua
orang isteri iaitu Norazlin Abdullah, 43, dan Lily Khay berasal dari Simpang
Renggam, Johor.

Pelawak itu dikatakan berkahwin dengan isteri keduanya pada
tahun 2015 atas persetujuan isteri pertama dan mendedahkan perkara itu kepada
umum setahun kemudian.

Hasil
perkahwinan dengan isteri pertama, Rahim dikurniakan empat orang anak iaitu
Shafiariza Amira, Aidil Aiman, Airina Shazlein dan Harith Haikal.

Sumber
TikTok @sinar_my

Apa Pendapat
Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak MyTeam Network tidak
bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini.
Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang
disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.