Ketika ini, ramai ibu bapa membawa anak-anak mereka bercuti setelah lama terkurung dalam rumah dan pastinya penginapan dengan kemudahan kolam renang menjadi pilihan para ibu bapa.
Akan tetapi, keseronokan boleh bertukar tragedi jika tidak mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memastikan keselamatan anak-anak anda ketika mandi di dalam kolam renang.
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Terbaharu, seorang pengguna Facebook Nik Azwan Mustapha telah berkongsi situasi cemas apabila ada seorang kanak-kanak yang lemas ketika sedang mandi di dalam kolam di sebuah tempat penginapan di Melaka.
Difahamkan, seorang lelaki dewasa tidak perasan kehadiran kanak-kanak itu di kolam dan tersepaknya ke dasar kolam dewasa. Mujur, ada yang menyedari keadaan itu maka kanak-kanak itu diselamatkan dan diberikan bantuan kecemasan CPR.
Menurutnya, ibu bapa kanak-kanak itu tidak dapat dikesan selama 20 minit kerana pengunjung yang ramai di sana. Oleh itu, Nik Azwan menasihati para ibu bapa di luar sana untuk sentiasa memerhati anak-anak kecil mereka agar tidak berlaku kejadian tidak diingini.
sumber;metro