Anak mengadu ada ‘benda’ bergerak dalam tangan selepas main pasir. Rupanya cacing merayap bawah kulit

Selain pemakanan dan jangkitan, soal kebersihan juga boleh membawa kepada cacing parasit masuk ke tubuh badan. Dan atas sebab itu, kita diwajibkan membersihkan diri setiap kali melakukan aktiviti luar untuk mencegah sebarang penyakit.

Perkongsian Munni Hasan bagaimana cacing yang dikenali sebagai ‘cutaneous larva migrants’ boleh masuk ke tubuh anaknya, Adam Danial.

Ulas Munni, semuanya bermula selepas Adam bermain pasir dan keadaan kesihatannya merosot selepas itu. Malah jelas Adam, ada ‘benda’ bergerak di dalam tangannya.

Pada permulaannya, jangkitan ini disangka sebagai kesan gigitan nyamuk.
Walau bagaimanapun, Munni mengambil tindakan membawa anaknya mendapatkan rawatan di klinik berdekatan dan disarankan mengambil antibiotik selama tiga hari.

“Doktor memberikan ubat cacing dan katanya seperti kuman air. Namun hari keenam, tangannya masih belum sembuh. Kami dapatkan rawatan di klinik lain. Doktor kedua berikan ubat sapu dan ubat cacing albendazole untuk tiga hari makan. Alhamdulillah hari ke-11 jangkitan sudah elok. Cacing pun sudah mati. Cuma kesannya, kulit tadi menjadi keras kematu. Adam juga fobis nak main pasir,” ulasnya kepada UtusanTV.

Tangan Adam pada hari keenam.


“Maaf semua, bukan nak cerita pasal sepah barang-barang tapi just nak share pasal cacing masuk dalam tangan anak. Ni la padahnya bila suka main pasir. Cacing termasuk dalam tangan . Berhati-hati bila anak main pasir, pastikan anak basuh tangan bersih-bersih. Kalau tak main pasir lagi bagus.

Jangan jadi macam anak saya ni, kesian sangat ke dia, malam tak lena tidur, asyik mengetap gigi, mengigau tangan sakit, perut macam tak cerna makanan, berat badan pon menurun. Alhamdulillah lepas pegi 2 3 klinik dapat ubat cacing untuk tiga hari makan. Hari ni dah nampak ok, cacing di tangan pon dah mati. Syukurlah tiada apa-apa jangkitan kat lain. Anak sampai sekarang dah phobia tengok pasir.”


Tangan Adam selepas sembuh.
Sumber : Munni Hassan