Anak sedih kawan baik tak makan sekali, Datuk Lee Chong Wei terasa bersalah

KEDATANGAN bulan Ramadan merupakan rahmat bagi setiap orang yang beriman.

Di bulan yang mulia ini dibukakan segala pintu-pintu langit, pintu-pintu syurga dan pintu-pintu rahmat.

Sebagai seorang yang beriman, sudah tentunya kita tidak ingin terlepas segala peluang yang ada.

Lebih-lebih lagi di bulan ini banyak keistimewaan dan ganjaran pahala.

Di samping itu, kanak-kanak tidak ketinggalan juga turut berpuasa sama ada didorong oleh ibu bapa ataupun kemahuan mereka sendiri.

NAMUN LAIN PULA YANG TERJADI KEPADA ANAK BEKAS PEMAIN BADMINTON NEGARA, DATUK LEE CHONG WEI INI YANG BERASA SEDIH KERANA DUA KAWAN BAIK TIBA-TIBA TIDAK MAHU MAKAN SEKALI KETIKA WAKTU REHAT DI SEKOLAH SEMALAM.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Chong Wei menceritakan gelagat anaknya, Kingston Lee yang meluahkan perasaan kecewa tindakan dua rakannya, Syihan dan Amli (bukan nama sebenar) terhadapnya.

Malah, Kingston Lee turut dinasihat guru untuk makan di tempat jauh sedikit dari kawan-kawan.

“PAPA, I ADA SOALAN NAK TANYA, TADI MASA WAKTU REHAT, SAYA BERKONGSI MAKANAN DAN MINUMAN DENGAN RAKAN SEKELAS. ADA DUA ORANG KAWAN BAIK SAYA, SYIHAN DAN AMLI TAK NAK MAKAN. KENAPA?” TANYA KINGSTON LEE DALAM PERJALANAN KE SEKOLAH TADI.

“MUKA ANAK TERUS MURAM BAGAI KACA DITIMPA BATU. TIDAK SEMPAT SAYA MENJAWAB, DIA TERUS SAMBUNG “PASTU I PUN DINASIHAT CIKGU SUPAYA MAKAN DI SUDUT JAUH DARI SEGELINTIR KAWAN-KAWAN I. APA SALAH SAYA, PAPA?”

“TERGAMAM AKU DIBUATNYA SEKETIKA. SALAH SAYA JUGA SEBENARNYA KERANA TIDAK MEMBERI PENJELASAN BULAN PUASA SEBELUM INI,” TULISNYA.

Sebagai bapa, Chong Wei cuba untuk menjelaskan kekeliruan anaknya itu dengan terang dan jelas.

“KOKO, YOU TAK SALAH. KAWAN-KAWAN YOU TU SEBENARNYA DAH START PUASA.

“DAN CIKGU SURUH MAKAN DI TEPI SEBAGAI TANDA PENGHORMATAN KEPADA KAWAN-KAWAN YANG TENGAH BERPUASA TU.

“JADI, KAMU KENA NASIHAT KAWAN-KAWAN CINA DAN INDIA LAIN, MESTI SOKONG KAWAN-KAWAN MELAYU NI MENJALANKAN IBADAH PUASA. KENA BERTOLAK-ANSUR DAN HORMAT SESAMA LAIN,” JELASNYA.

Anak sedih kawan baik tak makan sekali, Datuk Lee Chong Wei terasa bersalah

Chong Wei turut mengatakan anak sulungnya yang berusia 8 tahun itu sudah pandai menunjukkan sikap memberontak apabila dia berang dan bertanya kepada bapanya kenapa dia kena bertolak ansur.

“KENAPA KENA BERTOLAK ANSUR? SAYA MAKAN SAYA PUNYA HAL, DIA PUASA DIA PUNYA HAL,” UJARNYA.

Oleh kerana kata-kata Kingston Lee itu, belum pun sempat Chong Wei marah, satu tamparan terus hinggap ke atas tangan Kingston oleh ibunya, Wong Mew Choo.

“BELUM SEMPAT SAYA MARAH, TANGAN PENAMPAR SI IBU TERUS TERKENA KE ATAS TANGAN ANAK. TAHULAH SAYA DIA PANDAI SMASH GAK, TAPI MEMANG LAJU TANGAN DIA KALI NI. SULUNG PUN MENANGIS BERTANYA SEBAB.

“KALAU KITA TAK BERTOLAK ANSUR, KOKO TIDAK AKAN ADA KAWAN AMLI DAN SYIHAN LAGI. BAYANGKAN KALAU TAK BERTOLAK ANSUR, KOKO MAIN MERCUN SEMASA NEW YEAR MESTINYA DIMAKI.

“JIKA TIDAK HORMAT, KAWAN INDIA BUAT PERARAKAN THAIPUSAM SEMESTINYA DIHALANG. ANDAINYA TIDAK MENGHORMATI SESAMA LAIN, TAK MUNGKIN SHOPPING MALL KL ADA ‘CHRISTMAS TREE’ MASA PERAYAAN KRISMAS,” JAWABNYA.

“KITA MENANG PERLAWANAN BOLA DAN THOMAS CUP PUN SEBAB KITA BERTOLAK ANSUR DAN BERSATU PADU.

“DENGAN MUKA MENYESAL, PENDEK SAHAJA JAWAPAN ANAK SAYA “SAYA MAHU BERKAWAN BAIK DENGAN AMLI DAN SYIHAN”, UJARNYA.

Alahai comelnya! Anak sekecil itu pun dah pandai faham erti kawan baik kan! Lagi pula tidak memilih kaum dan berkawan dengan semua orang.

Terbaiklah Chong Wei dan isteri mengajar anak dan terapkan nilai-nilai murni yang bagus dalam hidup agar sentiasa menghormati agama dan bangsa lain Selain itu, Chong Wei dan keluarga turut mengucapkan Salam Ramadan Kareem kepada semua.

sumber ;sinar plus