Apa Beza Antara Pekerja Lama Yang Dah 'Otai' & 'Legend'? Ini Penjelasannya

Di tempat kerja kita atau department kita, pasti akan ada sekurang-kurangnya seorang pekerja lama, boleh dikatakan sejak penubuhan syarikat itu lagi. Sudah semestinya mereka ini jenis ‘banyak makan garam’ dalam bidang kerja mahupun selok belok syarikat.

Orang lama ini biasanya akan dapat satu gelaran iaitu ‘otai’ atau ‘legend’ dalam sesebuah department. Pada mulanya kami ingatkan ia satu konteks yang sama, tapi lepas baca perkongsian daripada Syamsul Rijal Jamil ini rupa-rupanya ada bezanya, terutamanya dari segi sikap. Ada yang bagus, ada juga yang tak bagus.

Nak tahu mana yang bagus? Meh ikuti penjelasannya disini.

7 Dalil penentu anda seorang “Legend” atau seorang “Old Timer (Otai)”.

Sama-sama masuk kerja 20 tahun dulu, tetapi keduanya sungguh berbeza dari segala sudut.

Otai:
1) Tak putus-putus nak komplen.
2) Berbangga dgn sejarah dulu “dulu bagus, dulu tak macam ni, dulu itu & dulu ini”
3) “Angry bird” dan garang ditempat kerja;
4) Langgar displin sesuka hati dek merasa diri “untouchable” kerana dia orang lama;
5) Semua orang salah, dia ajer yang betul;
6) Tidak berminat nak ajar pekerja baru dengan skill yang mereka ada;
7) Menghasut dan memecah belahkan pasukan.

Legend:
1) Sentiasa memberi cadangan membina terhadap sesuatu isu;
2) Menjadikan sejarah dulu satu perbandingan agar proses dan produktiviti boleh ditingkatkan;
3) Sentiasa tenang dan tahu apa yang terbaik yang sepatutnya dibuat;
4) “Lead by example” dari segi displin dan kualiti kerja, di segani pekerja baru;
5) Sentiasa memberi solusi dan idea baru untuk penyelesaian masalah;
6) Menjadi mentor kepada pekerja2 baru;
7) Menjadi tunjang perpaduan, dihormati, disegani dan kata-katanya menjadik panduan.

Menjadi Otai dan Legend adalah pilihan. Pilihan yang menjadi penentu siapa anda sebenarnya ditempat kerja.

Legend meninggalkan LEGASI yang banyak. Otai meninggalkan MC yang melambak.

Managing Potentials With Knowledge

Jadi, maknanya disini kita tak boleh lah menggelarkan seseorang pekerja lama itu sesuka hati, kena lihat sikapnya dulu. Kalau korang lah kan, bila dah super duper senior kat tempat kerja nanti suka jadi otai ke legend?

Sumber;info kerja