Apam Balik 50 Sen, Berebut-Rebut Serbu Gerai Pakchoh Di Perlis

Beli pagi tadi, sampai malam masih lembut lagi dan tak liat langsung untuk dimakan. Penangan apam balik Pakchoh memang terbaik!

Orang Perlis kenal sangat dengan apam balik popular ini sebab serius padu!
Isi memang melebih-lebih, jagung banyak kacang pun sedap. Lagi syok sebab harganya murah betul dan jauh berbeza dengan yang dijual di tempat lain.

Bayangkan hanya RM0.50 untuk yang biasa dan RM1.20 untuk yang ‘special’.

Resipi turun temurun Pakchoh dari tahun 1957 dan sekarang perniagaan apam balik diwarisi pula oleh anaknya.

Hujung minggu baik datang awal, kalau tak terpaksa berbaris panjang sebab semua orang berebut nak rasa apam balik paling sedap ni.

Kalau nak cari boleh datang ke pasar pagi atau orang Utara panggil sebagi Nat. Lokasi berbeza mengikut hari.

Apam balik Pakchoh juga sedia untuk menerima tempahan. Hubungi sahaja 013-3376011.

Tengok gambar pun dah terliur. Orang yang dekat boleh cari hari ini juga tapi bagi yang jauh jangan lupa singgah ke sini ya bila datang ke Perlis nanti! -CARI