DAGING lembu dan kambing memang enak tetapi hati-hati sekiranya makan secara berlebihan kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan.
Secara dasarnya, daging merah mengandungi pelbagai nutrisi termasuk protein, vitamin B-12 dan zat besi.
Protein yang terdapat padanya adalah sumber untuk membangunkan otot, tulang dan jaringan pada sistem badan manusia. Manakala B-12 dan zat besi berperanan untuk pembentukan sel darah merah.
Namun perlu diingat, pengambilan daging merah secara berlebihan juga adalah salah satu faktor pelbagai penyakit kronik seperti masalah jantung kerana kandungan kalori dan lemaknya sangat tinggi.
Selain itu terdapat beberapa kesan lain yang boleh berlaku sekiranya makan terlalu banyak sumber daging merah, termasuklah;
Berpeluh
1. Mudah berpeluh
Peluh yang berlebihan adalah salah satu kesan akibat makan banyak daging merah kerana tubuh perlu mengerahkan tenaga untuk mencerna dan memproses makanan.
Keadaan ini disebut sebagai thermogenesis yang boleh meningkatkan suhu tubuh dan kesannya, menyebabkan seseorang berpeluh dengan lebih banyak.
Letih
2. Mudah letih
Semua tenaga yang diperlukan untuk mencerna makanan berat seperti daging merah boleh menyebabkan seseorang mudah penat dan berasa lelah.
Ketika tubuh cuba mencerna makanan, ia akan memindahkan aliran darah ke usus untuk membantu proses tersebut selain ke bahagian tubuh lain termasuk otak.
Hal ini yang membuatkan seseorang mudah berasa pening selepas makan terlalu banyak daging merah.
Thirsty
3. Dehidrasi
Kesan sampingan lain adalah dehidrasi kerana proses pencernaan memerlukan lebih banyak air yang membuatkan seseorang mudah dahaga.
4. Bau badan
Makan terlalu banyak daging juga boleh menyebabkan bau badan seseorang menjadi lebih kuat.
Menerusi sebuah kajian yang dihasilkan oleh Journal Chemical Senses, orang yang makan daging merah akan mengeluarkan bau badan yang kurang enak berbanding mereka yang tidak makan daging merah.
5. Risiko kanser dan penyakit kardiovaskular
Sejumlah kajian menemukan hubungan rapat antara pengambilan daging merah dengan penyakit kanser dan kardiovaskular.
Dalam kajian mendapati, tabiat makan daging merah akan meningkatkan risiko penyakit itu selain menyebabkan masalah pembuluh darah tersumbat.