Seorang guru tuisyen tular di Twitter apabila satu rakamannya ketika sedang mengajar secara dalam talian mendapat kecaman netizen apabila guru berkenaan menggelarkan dirinya sebagai daddy dalam nada seperti bergurau.
Menggelarkan dirinya sebagai daddy
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter, Najmi Aiman, memaparkan guru lelaki berkenaan yang mengajar subjek Matematik secara dalam talian sambil menggelarkan dirinya sebagai daddy.
Daddy dengan ayah berbeza. Saya daddy awak tapi ayah yang lahirkan awak eh ayah tak lahirkan awak tapi ayah yang haa malas nak gaduh korang.
Walaupun guru berkenaan sekadar bergurau, namun perkataan tersebut dikatakan mempunyai unsur double meaning dan tidak sesuai untuk digunakan lebih-lebih lagi ketika berinteraksi dengan pelajar.
Tampil mohon maaf
Susulan daripada itu, guru lelaki berkenaan tampil memohon maaf secara terbuka di Twitter dan menjadikan apa yang telah berlaku itu sebagai pengajaran buatnya.
Kita sepatutnya menjadi pendidik, tetapi nampaknya kali ini saya yang mempunyai sesuatu untuk dipelajari.
Ia telah menarik perhatian saya bahawa video itu telah menimbulkan kebimbangan utama di kalangan orang ramai. Saya memohon maaf atas gangguan yang disebabkan oleh video tersebut.
Ujarnya lagi sebagai seorang pendidik, dia sedar mengenai kod etika yang perlu dipatuhi olehnya. Meskipun pada mulanya hanya sekadar gurauan, namun tidak menyangka ia menjadi sesuatu yang sangat serius.
Dari lubuk hati saya, saya benar-benar memohon maaf kerana tersalah kata. Saya belajar daripada pengalaman ini dan saya telah memutuskan untuk berehat untuk merenung sepenuhnya diri saya kerana kejadian ini. Tindakan saya adalah saya dan saya sendiri.
Walau bagaimanapun, guru terbabit membuat keputusan untuk meletakkan jawatannya sebagai guru tuisyen di kelas tuisyen secara dalam talian berkenaan. Dalam pada itu, dia berharap agar rakan sepasukannya itu tidak terkena tempias atas kesalahannya itu kerana mereka tidak bersalah dalam hal ini.
Oleh itu, saya mengemukakan peletakan jawatan saya berkuatkuasa serta merta. Saya bersedia sepenuhnya untuk menghadapi sebarang akibat daripada peristiwa malang ini.
Sebelum ini cikgu lelaki tersebut pernah viral di media sosial kerana cara pengajaran di dalam kelas yang santai dan menghiburkan.