Bahaya ‘Overdose’ Susu Formula, Anak Ini Berak Berdarah Lebih 20 Kali Sehari

Overdose’ Susu Formula! Dengar macam tak logik, kan? Tapi inilah yang berlaku pada adik Wan Haziq yang berusia 2 tahun 5 Bulan.

Perkongsian ini dikongsikan sendiri oleh ibunya, Puan Anis Amiza. Katanya, bila terjadi dekat anak sendiri, barulah rasa menyesal.

Ikuti pengalaman beliau melalui detik getir hingga anaknya dikejarkan ke Kecemasan akibat terlebih minum susu formula.

Semoga perkongsian ini menjadi pengajaran dan info berguna kepada ibu bapa di luar sana.

SEHARI MINUM 10 BOTOL SUSU FORMULA
Kalau nak diikutkan, dah banyak kali jugalah kami pernah baca artikel doktor tentang bahaya bagi susu berlebihan pada anak yang umur 2 tahun ke atas. Tapi, sekadar baca saja.

Jadi, saya nak share lah pengalaman selama anak kesayangan kami Wan Haziq yang sakit perut disebabkan minum susu banyak .

Dalam sehari tu lebih kurang 10 botol susu 260ml boleh habis licin dengan sekelip mata. Makan pun banyak.

Masa mula sakit perut dan cirit-birit

TANDA-TANDA YANG MERISAUKAN
Pada awalnya Haziq mula tunjuk simptom-simptom sakit perut, cirit-birit dan mula muntah-muntah.

Keadaannya makin teruk bila masuk hari ke-3, sebab dia berak dalam keadaan cangkung sambil menahan sakit.

Hari ke-4 tu, Haziq dah mula berak darah. Ibu mana tak panik bila buka pampers, penuh darah! Menggigil satu badan dan kami bergegas pergi HUSM pukul 4 pagi. Sepanjang perjalanan tak henti istighfar.

Terus ke bahagian kecemasan dan Haziq kena admit ward! Macam-macam diagnosis doktor pakar buat. Menurut andaian awal doktor, Haziq terlebih minum susu formula.

Muntah lagi

BERAK LEBIH 20 KALI SEHARI
Masa di wad, Haziq berak lebih 20 kali sehari. Dinding usus keradangan dan luka disebabkan Haziq kerap berak.

Paling sedih, Haziq berak darah dari pukul 4 pagi tak berhenti sampai malam. Pampers 1 pek tu ada 52 keping, habis licin semua!

Malam tu doktor pakar datang sahkan Haziq memang overdose SUSU FORMULA. Rasa macam tak logik tapi itulah realitinya. Allahu.. Maafkan mama sayang.

Macam nilah dia bila setiap kali nak berak sakit perut

PERINGATAN BUAT IBU BAPA!
Bagi ibu ayah di luar sana, diharapkan dapat jadikan kes ini sebagai pengajaran. Anak yang umur 2 tahun ke atas, please kurangkan susu. Kalau boleh paksa anak makan. Jangan jadikan susu tu makanan harian mereka.

2-3 minggu sebelumnya memang Haziq cirit-birit dan selalu mengadu sakit perut. Sebaik selepas minum susu, mesti Haziq akan mengadu sakit perut. Kami ingatkan dia sakit perut sebab nak berak. Tapi doktor cakap, itu adalah tanda-tanda awal terlebih susu.

Jadi kalau anak mengadu sakit perut lepas minum susu, kurangkanlah susu ya. Kalau sayangkan anak, biarkan anak meronta sekejap, lama-lama akan terbiasa. AJAR dan PAKSA anak makan.

Lagi satu tips, ibu boleh cuba letak air kosong dalam botol susu. Bagi anak minum dan cakap kat anak “susu dah habis, kena beli dulu”.

Sebelum masuk wad

DAH HADKAN SUSU 2 GELAS SEHARI
Buat masa sekarang ni Haziq dah stop dulu susu formula. Kami gantikan dengan fresh milk. Agak mahal tapi tak apalah demi anak.

Limitkan dengan minum 2 gelas saja dalam sehari. Kalau nak bagi susu banyak kali, boleh. Tapi pastikan dalam kuantiti yang sedikit. Biasakan anak makan makanan yang kita makan.

Kalau lepas minum susu dan mengadu sakit perut, mungkin itu petanda awal yang perlu diberi perhatian. So, berjaga jaga ya.

Dah kembali aktif seperti biasa

MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT!
Pengalaman ni menjadi pengajaran buat kami. Semoga tak terjadi pada anak-anak lain.

Terima kasih buat Staf HUSM, Team Doktor, Team Jururawat. Dr.Fahisham, Dr.Rizal. Semua baik-baik dan sangat membantu. Terima kasih! Semoga Allah merahmati kalian.

sumber ;facebook