Bak Aladdin, Abang Grab Guna ‘Karpet Terbang’ Hantar Pesanan Pelanggan

Umumnya, servis penghantaran makanan Grab sudah tidak asing lagi digunakan di Malaysia mahupun di luar negara. Selalunya pemandu Grab akan menggunakan motosikal, kereta atau skuter supaya cepat sampai ke tangan pembeli.

Walau bagaimanapun, lain pula terjadi di negara jiran apabila penghantar makanan itu menggunakan karpet terbang.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok luvilydio, seorang penghantar makanan Grab membuat penampilan istmewa dengan menaiki karpet terbang.

Karpet terbang itu merupakan sebuah skuter yang telah diubah suai dengan adanya pedal untuk dipijak dan kelihatan seperti karpet terbang gaya Aladdin.

Selain itu, di bahagian belakang pula terdapat sebuat kotak yang menyerupai bentuk harta karun

Bukan itu sahaja, lelaki itu juga bukan sahaja memakai jaket hijau seperti biasa, malah dia memakai vest berwarna emas sedondon dengan seluar dan berkasut kuning keemasan sama seperti Aladdin. Lelaki itu juga memakai jubah dan topi keledar yang direka seperti topi Aladdin.

“Maaf, encik. Saya rakam video. Pertama kali saya tengok penghantar Grab Food kelakar dan kreatif,” tulisnya pada kapsyen video.

Maaf bapak, aku video 😂 ku norak baru pertama kali liat dan bapak grabfoodnya lucu kreatiifff sekaliii 😂 #grabfood #jakarta #fypgani wkwkwkw

♬ I Will Go To You Like the First Snow – AILEE

rata-rata warganet sangat terhibur dengan kreativiti abang Grab ini. Sampaikan ada yang buat permintaan suruh menggunakan lagu kartun Aladin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *