Balik kampung nak jaga ayah sakit, jurulatih kecergasan isi masa berkebun akui ia bukan kerja mudah… mencangkul, tebang pokok dah macam gim kedua!

PASTINYA ramai jejaka yang mengimpikan untuk memiliki badan cantik dan berotot.

Belum bersedia ke gim berikutan pandemik bukanlah satu isu, ini kerana senaman angkat berat itu boleh dilakukan di mana-mana, termasuk di rumah.

Bagi seorang abang berbadan sasa ini, selain rutinnya bersenam di rumah, dia juga rajin ke kebun menebang pokok-pokok dan mencangkul tanah.

Di sebalik memerah keringat tanpa mengira cuaca panas, jejaka sado itu sebenarnya pernah berkhidmat sebagai jurulatih kecergasan di rangkaian gimnasium terkemuka.

Berpengalaman sebagai jurulatih kecergasan sejak 2018, Ahmad Qamarool Azeem Yusof berkata, dia berkhidmat di pusat gim terkenal selama setahun sebelum membuat keputusan untuk berhenti kerja berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tahun lalu.

Saya sempat pulang ke kampung di Durian Tunggal di Melaka. Saya balik kampung sebab nak jaga ayah yang ketika itu tidak sihat kerana sakit belakang.

Ayah dan mak tinggal bersama seorang abang istimewa. Sebabkan ayah tak sihat, kebun keluarga di kampung tak ada siapa jaga. Memang bersemak,”
sado berkebun 6

Lebih mesra disapa Azeem, pemuda berusia 27 tahun itu berkata, dia kini beralih menjadi jurulatih kecergasan secara dalam talian, dari rumah keluarganya.

Bila training dan coaching secara online, saya boleh menguruskannya dengan lebih baik dan mempunyai banyak masa untuk bersihkan kebun keluarga secara berperingkat.

Kebun ni seluas dua ekar di belakang rumah arwah nenek, kira-kira dua kilometer dari rumah famili saya,” ujarnya yang menetap di Kampung Belimbing Dalam di Durian Tunggal.

Menurut anak keenam daripada lapan beradik itu, dia mengambil masa lebih sebulan untuk membersihkan kebun bersendirian dan kadang-kadang turut ditemani bapa yang merupakan pesara dan abangnya yang menghidap autisme, masing-masing berusia 63 dan 33 tahun.

Saya bersihkan kebun, potong rumput, tebang pokok dan angkat sendiri pokok-pokok yang sudah ditebang. Sekarang ni saya jaga kebun dengan pelbagai tanaman.

Ada pokok pisang, betik, kelapa, nanas, durian, sayur bendi serta terung. Buat masa ni hasil sayur dan buah tak jual, tapi sedekah kat masjid dan orang-orang kampung,” tambahnya.

Azeem yang merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan di Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah berkata, kebun keluarganya boleh diibaratkan gim kedua kerana kerja-kerja membersihkannya seperti senaman angkat berat.

Rutin harian untuk workout tak semestinya ke gim, tapi boleh juga buat aktiviti luar. Masa pandemik kena tingkatkan imuniti dengan bersenam dan bergiat aktif.

“Tapi ada sesetengah orang tak suka exercise, jadi boleh dilakukan dengan pergerakan. Contohnya berkebun atau membersihkan kebun… berkebun tak mudah, cukup meletihkan.

Rutin harian untuk workout tak semestinya ke gim, tapi boleh juga buat aktiviti luar. Masa pandemik kena tingkatkan imuniti dengan bersenam dan bergiat aktif

“Kedua-dua gim dan kebun bagus untuk bakar lemak dan bergiat aktif termasuk menguatkan otot-otot. Tebang pokok kelapa dan angkat batang yang ditebang sama macam workout.

Paling ringan satu batang saya angkat seberat kira-kira 20 kilogram, beratnya sama anggaran dengan satu dumbbell. Ada batang pokok yang lagi berat saya angkat,” katanya.

Bagi Azeem, aktiviti kecergasan dan berkebun merupakan komitmennya pada masa ini, sambil menambah dia mempunyai rancangan akan datang untuk kedua-dua bidang itu.

“Saya merancang untuk menanam terung secara komersil dengan 100 pokok pada peringkat permulaan. Saya juga mahu membangun satu aplikasi untuk beginner belajar workout dan mengembangkan kelas online untuk fit dan menguruskan badan,” katanya.