Bangga buat kerja jahat, lelaki kejam beri monyet dadah hingga ‘lalok

Penganiayaan terhadap haiwan memang selalu kita dengar. Walaupun kadangkala sesetengah haiwan ini melakukan kerosakan, namun jika mahu menghalaunya rasanya tidak perlu sehingga menzalimi.

Minta orang ramai lapor tindakan jahat tu
Hal ini susulan tular satu video yang dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial kepada satu akaun Twitter menunjukan tindakan biadap individu tidak bertanggungjawab yang memberikan dadah kepada seekor monyet.

Ketawa lepas kajian menjadi
Dalam video berkenaan, dapat dilihat individu biadap itu dengan bangga menunjukan dadah yang diberikan kepada monyet tersebut sehingga haiwan itu berada dalam keadaan ‘lalok’.

Monyet tersebut juga berjalan dalam keadaan tidak betul kesan daripada dadah yang diberikan.

Menurut pelapor video itu lagi, dadah yang diberikan kepada monyet berkenaan juga jenis yang merbahaya kerana jika digunakan oleh manusia, ia boleh mendatangkan sakit kepala yang kuat.

Tak ada hati perut langsung!
Susulan daripada perkongsian berkenaan, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan menganggap tindakan tersebut sangatlah keterlaluan.

Mereka juga meminta pihak berkuasa menyiasat hal tersebut kerana individu itu bukan hanya menganiya binatang tetapi turut memiliki dadah jenis merbahaya.

Macam mana senang2 boleh dapat dadah


Bodoh punya manusia!

Sumber: Twitter @pedoqpop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *