Bangun 5 Pagi, Lepas Solat Baca Satu Juz” – Umur 9 Tahun Dah Hafal 30 Juzuk Al-Quran, Datuk Kongsi Aktiviti Harian Adik Haikal

Seorang kanak-kanak menjadi tular apabila di usia sembilan tahun sudah berjaya menghafal 30 Juzuk Al-Quran.
Malah kanak-kanak bernama Haikal Firdaus yang berasal dari Johor ini sudah mula menunjukkan minat untuk menghafal Al-Quran seawal usia empat tahun dan lebih istimewa lagi, kanak-kanak lelaki ini dijaga oleh kedua datuk serta neneknya.

Pasti kisah inspirasi ini membuatkan ramai tertanya-tanya bagaimanakah cara atau petua untuk mendidik anak-anak menghafal Al-Quran di usia muda.
Menjawab persoalan itu, datuknya memaklumkan Haikal tidak dipaksa untuk menghafal sebaliknya atas kehendaknya sendiri.
“Cucu saya mula menghafal Al-Quran sejak berumur 4 tahun dan cucu saya juga perangai dia ni lain dari kanak-kanak yang lain, kami tak paksa dia hafal Al-Quran tapi semua ini kehendak dia sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, datuknya juga turut berkongsi aktiviti harian yang dilakukan Haikal antaranya bangun seawal 5 pagi.
“Bangun pada 5 pagi, ambil wuduk dan solat, lepas solat dia baca Al-Quran satu Juz hingga masuk waktu Subuh.
“Waktu pagi pergi ke sekolah agama lepas waktu sekolah pada waktu petang dia hafal Hadis 40. Tapi kalau waktu cuti sekolah dia gandakan bacaan Al-Quran setiap hari 4 Juz,” kongsinya.

Sehingga kini perkongsian individu bernama Mohd Ibrahim menerusi group Pencinta Dakwah di Facebook dikongsi lebih 1,300 pengguna laman sosial dan lebih 1,700 komen.

Sumber : Mohd Ibrahim via Group Pecinta Dakwah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *