Baru 21 Tahun, Ahmad Faiz Fadhli mampu Menjana Pendapatan RM20K Sebulan

PETALING JAYA: Profesion seb4gai petani kurang dipelopori golongan muda masa kini berbanding zaman dahulu kerana ia dianggap satu bidang yang tidak memberi jaminan masa depan.

Namun 2 petani muda memberitahu FMT, ramai golongan belia tidak tahu petani moden sekarang memperoleh hasil yang lumayan dan mendapat begitu banyak bantuan kerajaan dalam industri pertanian.

Ahmad Faiz Fadhli, 21, yang berasal dari Kedah sudah 4 tahun berkecimpung dalam pertanian milik keluarganya dengan mengusaha tanaman sayur yang kemudiannya dipasarkan kepada pemborong sayur di negeri itu.

Petani selalunya disalah 4nggap oleh golongan muda yang memberitahu pendapatan mereka sedikit.

Selalunya dengan hasil sayur kami peroleh RM6,000 sebulan. Harga sayur naik turun di pasaran dan tidak menentu, kalau harga pasaran turun kami peroleh RM3,000 ke RM4,000 sebulan,” katanya.

Beliau berkata kerjaya sebagai petani dikatakan sangat teruk kerana dari pagi hingga petang terpaksa berada di kebun menguruskan ladang sayur.

Pekebun ini bukan macam pekerjaan biasa dilakukan oleh golongan muda. Tiada cuti bagi pekebun seperti kami, kalau cuti sehari habislah pokok boleh mati.

Sebab itulah golongan muda tidak mahu memilih bidang pertanian sebagai pekerjaan tetap kerana kita kena kerja kuat, baru peroleh hasil yang banyak.”

Katanya, kerajaan menyediakan banyak kemudahan kepada petani jika mereka berminat menceburi kerjaya itu.

“Ramai golongan muda macam saudara-mara saya di Kuala Lumpur minat bidang pertanian tetapi mereka tiada tanah, modal, dan paling penting ilmu dalam bidang pertanian.

Sebenarnya kerajaan banyak menolong golongan petani dari segi bantuan racun, mesin, tempat menyimpan barang dan tapak tanaman iaitu tanah dan juga memberikan kelas kepada petani.

“Di Kedah, 1 ekar tanah untuk digunakan dalam industri pertanian sewanya dalam lingkungan RM1,000 ke RM1,200 setahun,” katanya.

Mohamad Mazlan Mat P4ndi yang mengusahakan sawah di Kelantan.
Manakala seorang lagi petani muda dari Kelantan, Mohamad Mazlan Mat Pandi, 25, merupakan pesawah sepenuh masa yang menguruskan 30 ekar tanah sawah dengan pendapatan lumayan disebabkan harga padi di pasaran sekarang.

Peluang pekerjaan agak payah sekarang. Bagi kelulusan diploma seperti saya, permulaan gaji RM1,500 lebih.

“Manakala purata hasil padi untuk 1 ekar tanah bersamaan 3 tan padi, hasil yang diperolehi ialah RM3,000 dalam 120 hari.

“Saya mempunyai 30 ekar tanah dan hasil yang diperoleh dalam 4 bulan ialah RM90,000 semusim sebelum tolak modal dan juga kos upah orang. Sekarang padi dituai 2 musim dalam setahun tetapi ia bergantung kepada bekalan air,” katanya.

Beliau juga mengalu-alukan golongan muda memilih petani sebagai profesion.

“Jangan tunggu peluang pekerjaan yang sus4h diperolehi sekarang, cari peluang lain seperti bidang pertanian yang banyak boleh dijalankan.

“Saya selalu berkongsi ilmu pertanian kepada sesiapa yang berminat terutama golongan muda di Kelantan yang berminat menjadi petani.

“Di Kelantan, ramai golongan muda seperti saya mengusahakan padi kerana mereka minat dan kerajaan terlalu banyak mambantu golongan pesawah di Kelantan dengan memberi ilmu dan bantuan,” katanya.

Mohamad Mazlan berkata, golongan muda yang mahu menjadi petani, mesti berusaha mencari inisiatif yang disediakan kerajaan.

Beliau juga menyeru belia mengambil contoh negara Jepun, Korea mahupun Eropah yang menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan dan profesion.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *