Baru Nak Mula Berkebun Tapi Tak Tahu Nak Tanam Apa? Ini Sayur Paling Cepat Tuai Hasil

abe Nik percaya, semakin lama terperap dalam rumah, muncul macam-macam idea seperti menghias kediaman dan berkebun.
Tapi biasanya masalah utama kita bukanlah mencari ruang untuk berkebun tapi memilih pokok untuk ditanam.

Abe Nik sendiri pun sudah pasti mencari tanaman yang cepat membesar dan boleh menuai hasil yang pantas. Best kot dapat makan sayur dari kebun sendiri!
Berikut Abe Nik disenaraikan tanaman yang dimaksudkan dan cara menanamnya:
Bayam

a. Masukkan biji benih ke dalam tanah dan tekan sedalam 1/2 inci. Selepas biji benih dah bercambah dalam 2-3 helai daun pucuk, pindahkan ke pasu atau bekas yang lebih besar dan sesuai.
b. Bila siram air, pastikan air tak bertakung di dalam pasu/bekas tapi hanya lembapkan tanah tu saja. Lepas 3-4 minggu, anda dah boleh mula tuai daun bayam yang ditanam.
Bendi

a. Letak tanah yang sesuai dalam pasu dan mula semai biji benih bendi. Sediakan lubang semaian antara 1/2 hingga 1 inci di tengah-tengah pasu/bekas dan tanam 2/3 biji benih dalam setiap lubang.
b. Tutupkan lubang dan semburkan air pada tanah tersebut. Pastikan tanaman berada di kawasan yang mempunyai cahaya matahari terus dan sentiasa dalam keadaan lembap. Biji benih akan mula bercambah dalam 5-7 hari.
c. Selepas 1-1.5 bulan, bendi sepatutnya sudah sedia untuk dituai. Potongkan tangkai menggunakan pisau yang tajam supaya tak menjejaskan pertumbuhan pokok bendi anda.
Kailan

a. Letak bini benih atas tray semaian atau polibeg kemudian tutup dengan plastik hitam bagi mempercepatkan percambahan anak benih.
b. Selepas 3-4 hari anak benih akan muncul dan alihkan plastik ke atas tanah. Tutup sedikit dengan cocopeat, lalang atau rumput untuk kekalkan kelembapan tanah.
c. Siram dua kali sehari pagi dan petang. Sayur anda sedia dituai dalam masa 4-7 minggu! Emm, sedapnya kailan ikan masin!
Kangkung

a. Letakkan besen di bahagian bawah dan raga di atasnya sebelum taburkan biji benih kangkung. Kalau lubangnya besar, letakkan kapas supaya benih tak terjatuh melalui lubang tersebut.
b. Isikan air dalam besen dan pastikan paras air cecah raga saja.
Jangan sampai benih terendam dan tenggelam! Lepas tu, tutupkan dengan kain gelap untuk beberapa hari sehingga akar dan pucuk kangkung mula keluar.
c. Bila dah ada daun, letakkan pokok kangkung di tempat yang disinar cahaya matahari, tapi pastikan paras air kena pada akar pokok. Selepas 3-4 minggu, kangkung sudah sedia untuk dituai dan dimasak.

Sawi

a. Potong pangkal sayur lebih kurang 1 inci setengah dan rendam dalam air. Letak di kawasan yang terang supaya ia dapat cahaya matahari yang cukup.
b. Selepas 1-2 minggu, pindahkan ke pasu berisi tanah dan biarkan ia tumbuh dengan besar.

Abe Nik yakin, anda akan lebih puas apabila melihat tanaman anda bercambah dan membesar depan mata.
Jadi, lekas dapatkan benih pokok pilihan anda dan manfaatkan masa anda sepanjang tempoh PKP ini.
Kongsikan perkembangan pokok-pokok jagaan anda kepada Abe Nik nanti!

sumber;gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *