Bekas komando ditemukan meninggal dunia di rumah

REMBAU: Seorang bekas komando ditemukan meninggal dunia di rumahnya di Kampung Chuai Ulu, di sini, pagi tadi.

Kamarudin Sharif, 68, ditemukan sudah tidak bernyawa oleh sepupunya, Abdul Manap Dahalan, 61, selepas dimaklumkan oleh jiran yang terhidu bau busuk dari dalam rumah berkenaan.

Menurut Abdul Manap, sepupunya itu tidak berkahwin dan menetap seorang diri di rumah berkenaan sejak bersara dari perkhidmatan tentera.

“Sudah lebih seminggu saya tidak nampak arwah. Namun dua tiga hari lalu, saya sudah mula berasa tidak sedap hati.

“Sebaik sahaja menerima panggilan dari jiran arwah sekitar pukul 11.30 pagi saya terus bergegas ke rumahnya dan apabila masuk, saya nampak jasad arwah sudah mereput di ruang tamu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden, Hazri Mohamad berkata, hasil pemeriksaan lanjut tidak menemui sebarang unsur jenayah. –