Belum buka mata dah dibuang di pasar" – Wanita kutip bangkai anak kucing, gadai barang kemas demi si bulus… mahu pahala mengalir buat arwah mak

kecomelan dan kegebuan anak kucing di media sosial umpamanya pasti akan mendorong orang ramai untuk turut sama mengambil haiwan ini sebagai binatang peliharaan.

Malangnya tidak semua orang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas menjaga dan membesarkan haiwan kesayangan Rasulullah ini.

Lebih memilukan ada yang sanggup membuang kucing yang selama ini membesar dengan mereka atau anak-anak kucing baru lahir termasuk yang masih belum buka matanya.

Anak kucing yang dibuang ini malangnya sering kali tidak terselamat.

“Ada anak kucing baru dibuang petang, tengok keesokan harinya dah mati, kadang-kadang tak sampai 24 jam lepas kena buang dah mati kena langgar, jatuh parit dan sebagainya,” tulis seorang wanita di laman sosial medianya.

Dia turut menyertakan sekeping gambar seekor anak kucing yang telah mati yang dibawa balik untuk dikebumikan.

Bercakap kepada mStar, Sarifa Redzuan, 37 berkata, dia pernah membawa balik sehingga 17 ekor anak kucing yang dibuang di sebuah pasar.

“Kucing kalau kena buang terutama kitten memang banyak yang tak selamat ada yang kena langgar tambah yang suka menyorok dekat tayar kereta.

“Saya pernah jumpa yang belum buka mata lagi orang buang.

“Pernah banyak kali juga akak bawa balik yang sakit kaki dari pasar, terkulai kaki dia sebab orang yang hantar angkut barang terpijak,” kata bekas guru kemahiran yang menetap di Sungai Bakap, Pulau Pinang.

Menurut Sarifa, tempat tinggalnya turut menjadi antara lokasi kucing “ditinggalkan”.

“Akak memang tak war-warkan lokasi akak tinggal sebab banyak orang buang kucing dekat kawasan tu, memang boleh dikatakan hari-hari ada orang tanya (nak hantar kucing), kalau tak bagi pun mereka tinggal je kucing tu, geram betul.
mesej akak pun ada beratus-ratus orang yang mesej nak hantar kucing,” katanya.

Sarifa yang bermula sebagai seorang feeder berkata, dia mula menyelamatkan kucing sejak Oktober 2019, iaitu selepas kematian ibunya.

“Dulu bertahun-tahun akak cuma jadi feeder je, betul-betul buat kerja rescue lepas dah ada kandang kucing ni jadi ada lebih space untuk akak rawat kucing sebelum cari adopter.

“Akak berhenti kerja pada tahun 2018 untuk jaga arwah mak yang sakit, bila mak meninggal, akak terfikir nak fokus rescue sebab arwah mak pun suka bela kucing, dulu rumah mak banyak kucing dan mak juga beri makan monyet.

“Akak fikir nak buat sesuatu bagi pahala yang berterusan untuk arwah, tapi akak buat ikut kemampuan saja sebab akak buat sendirian berhad,” katanya.

Menurut Sarifa, dia kadang kala terpaksa mengadai barang kemasnya demi untuk menyelamatkan anak-anak jalanan yang dijumpainya.

“Akak  dah beratus-ratus ekor dah tapi akak jenis akan terus cari adopter supaya akak tak simpan kucing lama-lama.

“Tapi akak akan pastikan kucing sihat dulu, dah okay akak akan mandulkan siap-siap baru bagi orang.

“Jadi kos memang tinggi sebab buat sendiri, tambahan kalau  yang sakit memang berhabis emas semua biasa gadai untuk bayar bil vet yang mencecah belasan kadangkala puluhan ribu,” katanya, menambah duit simpanannya juga semua sudah habis digunakan.

Sarifa turut meluahkan rasa terkilannya mengenai perkhidmatan veterinari kerajaan yang menyediakan rawatan terhad.

“Kalau la vet murah tak ada la orang pening, vet kerajaan  terhad.

“Harap sangat kerajaan Malaysia dapat ambil tindakan sebaiknya untuk bantu haiwan,” katanya.

Menurut Sarifa, dia tidak pernah meminta untuk dibantu namun tetap bersyukur kerana masih ada beberapa individu yang baik hati dan sudi sedekah untuk kebajikan haiwan-haiwan yang diselamatkannya.

Katanya, dia hanya akan melepaskan haiwan yang telah dimandulkan untuk mengelakkan masalah kemudian hari.

“Kadang orang nak yang kembang-kembang saja lepas tu tak nak mandul, akak tak bagi, sebab takut nanti dah beranak pinak tak larak jaga dibuang pula.

“Yang tinggal sekarang yang akak tak  biasanya sebab nakal sangat, suka berak kencing merata, yang kaki gaduh atau yang kena selalu ambil suppliment atau vitamin, sebab risau owner baru tak sabar nanti kucing tu dibuang,” jelasnya.

Sarifa juga mengelak daripada menyimpan kucing yang diselamatkannya untuk tempoh masa yang panjang kerana dia menyelamatkan lebih banyak lagi haiwan-haiwan lain yang turut memerlukan perhatian.

“Akak memang tak simpan kucing lama sebab akak fikir banyak lagi kucing nak diselamatkan, lepas tu kalau jadi apa-apa pada akak, siapa nak uruskan? Jadi lagi baik kalau kucing-kucing ni dapat  baru.

“Kucing kalau dalam jumlah yang banyak sangat pun boleh stress, lepas tu kurang dapat kasih sayang dari kita, kalau ada tuan baru, rumah tak banyak kucing, dapat banyak kasih sayang, kucing pun akan happy.

“Alhamdullilah kucing yang akak buka untuk adoption semua dah diambil,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *