Benarkah P0Iitik Tiada Dalam Al-Quran & As-Sunnah, Ini Penjelasan Mengenainya

 

P0litik, antara ungkapan yang paling tidak digemari
terutama kepada golongan muda. Sebut sahaja politik pasti membungkam dengan
alasan tidak penting untuk diambil tahu.

Ada juga memberikan alasan bahawa politik itu hanya
kepentingan dunia semata dan tiada dalam al-Quran dan hadis. Benarkah apa yang
disebut itu?

Mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli
Mohamad Al-Bakri melalui laman facebooknya, berkongsi mengenai fiqh politik
memandangkan musim pilihan raya di negara ini akan tiba tidak lama lagi dengan
tajuk yang dibawa benarkah politik tiada dalam al-Quran dan al-Sunah?

Momokan penjajah

Menurut
beliau, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya Min Fiqh ad-Dawlah
fil-Islam pernah menekankan bahawa penjajah Barat sentiasa berusaha
bersungguh-sungguh untuk mewujudkan tanggapan bahawa hubungan Islam dengan
politik atau negara tidak pernah wujud.

Menurutnya, “saya tidak berhajat untuk menghuraikan dengan
panjang lebar perbezaan antara pandangan alam Islam dan Barat tentang politik.
Sudah tentu jauh bezanya.

“Para
pembaca boleh merujuk buku Ahmet Davutoglu mantan Perdana Menteri Turkiye yang
juga bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia – yang bertajuk
Alternative Paradigms: The Impact of Islamic and Western Weltanschauungs on
Political Theory dan Tarikh al-Khulafa’ ar-Rashidin: al-Futuhat wal-Injazat
as-Siyasiyyah oleh sejarawan terkenal Arab, Dr. Muhammad Suhail Taqoush”.

Ujar beliau
lagi, kalimah politik (as-siyasah) memang tidak terdapat dalam al-Quran. Maka,
sebahagian pihak menyimpulkan Islam tidak ada kaitan dengan politik. Adapun
dalam hadis, cuma ada satu kalimah yang berasal daripada kata akar as-siyasah.

Rasulullah SAW bersabda “Dahulu Bani Israil dipimpin oleh para
nabi. Setiap kali seorang nabi wafat, ia akan digantikan oleh nabi lain. Namun
sungguh tidak ada nabi lagi sesudahku, dan sepeninggalanku akan ada para
khalifah yang semakin ramai.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, lalu
apa yang engkau perintahkan untuk kami?” Beliau menjawab, “Tunaikanlah baiah
(sumpah setia) kepada khalifah yang pertama kemudian kepada yang berikutnya,
lalu penuhilah hak mereka, dan mintalah kepada Allah apa yang menjadi hak
kalian, kerana sesungguhnya Allah akan mempersoalkan mereka tentang apa yang
mereka pimpin.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Asas p0litik
Islam

Tegas
beliau, hanya mereka yang cakna akan mendapati bahawa asas pemikiran politik
itu disebutkan oleh Allah SWT terdapat dalam banyak ayat al-Quran. Tanpa perlu
bersusah payah, kita akan berjumpa deretan ayat-ayat al-Quran yang membahaskan
perihal kerajaan yang adil, zalim, sistem demokrasi dan sebagainya.

Ada
ketikanya Allah SWT menggunakan istilah at-tamkin, al-istikhlaf dan al-hukm.
Fokusnya cuma dua samada memuji atau mencela. Itulah asas-asas politik dalam
Islam.

Justeru, dari mana mulanya kalimah as-siyasah dipopularkan dalam
Islam?

Beliau
menjelaskan “Boleh jadi pernyataan pertama dalam sejarah Islam yang menggunakan
kalimah al-siyasah dalam bentuk kata dasar (masdar) dengan erti kata perkara
terkait kekuasaan (al-muta’alliq bi al-hukm) adalah kata-kata ‘Amru bin al-‘As
ketika mengangkat kredibiliti Mu’awiyyah di depan Abu Musa al-‘Asy’ari. Katanya
“Sesungguhnya aku mendapati beliau layak menggantikan khalifah yang dizalimi.
Beliau juga dapat menuntut darahnya, politik yang baik, tadbir urus yang baik.”
(Tarikh al-Rusul wa al-Muluk)

“Adapun
dalam bentuk kata kerja yang lampau (fi’il al-mudari’), terdapat ungkapan
Saidina Umar dalam al-Mustadrak susunan al-Hakim. Manakala ungkapan Saidina
‘Ali dalam bentuk yang sama, boleh ditemui dalam al-Musannaf oleh Ibn Abi
Syaibah”

Pelaksanaan
hukum syariat

Menurut
Zulkifli lagi, “Dalam syariat Islam, perbahasan politik dibincangkan di bawah
ilmu fiqh dan bukan di bawah perbahasan aqidah. Kerana itulah kita dapati
banyak ijtihad baharu oleh para pemimpin politik Muslim sepanjang zaman
disebabkan sifat fiqh itu yang fleksibel.

 “Ia mula dibahaskan
sebahagian kecilnya dalam bab aqidah apabila para ulama ahli Sunah wal Jama’ah
melihat mazhab Syiah mula mengangkat isu imamah (kepimpinan), sebagaimana
asalnya mazhab Syiah bermula dengan pertelingkahan politik dan akhirnya menjadi
pertelingkahan akidah.

“Syeikh Dr.
Yusuf al-Qaradawi menghuraikan dalam kitabnya as-Siyasah asy-Shar’iyyah di Daw’
Nusus asy-Shar’iyyah, ada dalam kalangan umat Islam melupai urusan pelaksanaan
syariat itu ada kaitannya dengan akidah Islam.

“Justeru,
walaupun ia dimasukkan dalam perkara ijtihad dan furu’ (cabang) di sisi ulama
Ahli Sunnah wal-Jamaah, namun ia tidak boleh dipisahkan daripada akidah Islam.

“Ini kerana,
pelaksanaan hukum syariat itu adalah amalan yang lahir menjadi bukti daripada
iman kepada taklifan wajib melaksanakan hukum daripada al-Quran dan menjadikan
Rasulullah SAW sebagai contoh teladan yang mesti diikuti,” katanya.

Sumber Sinar Islam

Apa Pendapat
Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak MyTeam Network tidak
bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini.
Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang
disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.