Bengkak Tak Surut Pada Leher, Demam, Letih DAN Berat Badan Turun, Jangan Ambil Mudah! Boleh Jadi Petanda K@Nser

Apabila penyanyi Elyana mendedahkan dia merupakan pesakit kanser limfoma tahap empat ramai yang tertanya-tanya tentang penyakit ini.

Untuk pengetahuan, penyakit yang sama telah menyebabkan kematian anak ahli kumpulan Unic sebelum ini. Bazli kehilangan anaknya Mohd Syahid Jun lalu selepas lebih setahun berjuang melawan penyakit ini.

Menyedari ramai yang ingin mengetahui tentang kanser limfoma ini Dr Rafidah Abdullah yang juga Pakar Perunding Perubatan memberi penjelasan dengan bahasa yang ringkas tentang penyakit ini.

Malah beliau juga memberi saranan penting kepada pesakit kanser limfoma ini agar tidak sembarangan membuat rawatan.

Kalau bengkak di leher lama, elok jumpa doktor

Sejak semalam, perkataan limfoma berlegar di media sosial. Limfoma atau barah kelenjar limfa dalam badan bukan sama dengan barah yang lain. Ianya banyak jenis; rawatan dan prognosis juga tidak sama.

Ia terbahagi kepada Non-Hodgkins Lymphoma (NHL gambar di bawah adalah dari internet dimana tahap IV ) dan Hodgkins Lymphoma. Yang kedua adalah lebih agresif sedikit. Ya, bergantung kepada jenis, rawatan biasanya kemoterapi / radioterapi dan ada beberapa lagi. Doktor akan ambil tisu dan beberapa ujian terperinci untuk membuat keputusan apa rawatan yang sesuai.

Kebiasaannya bermula dengan kelenjar limfa yang bengkak. Kalau di leher kita itu, agak biasa bengkak bila kita mengalami kuman infeksi; itulah reaksi biasa bilamana badan kita mengalami proses untuk melawan kuman tersebut. Kalau bengkak kejap, ok. Tapi kalau bengkak tidak baik, elok berjumpa dengan Doktor. Tambah lagi kalau ada simptom sistemik yang lain seperti demam, letih DAN lesu.

Tapi yang tentunya tidak boleh pukul rata semua orang rawatannya sama. Bergantung kepada jenisnya juga. Jika anda tidak tahan dengan apa-apa rawatan, bincang dengan Doktor yang merawat. Ianya boleh di kurangkan dos, ditukar dan pelbagai cara lagi.