Sejak beberapa hari lalu, tular mengenai hantaran di Facebook seorang pengguna bernama, Zarul Zabidi berkongsi kisah mengenai seorang pemuda miskin yang bekerja sebagai kelindan lori dan hanya makan gaji hari.
Menerusi status yang ditulis, kelindan lori itu yang sudah tidak dapat menahan lapar, tapi dia tiada wang. Lantas, dia telah meminta Zarul untuk membayarkan makanan untuknya.
“Abang saya lapar…”
Simpati melihat nasib kelindan itu, Zarul pun terus bersetuju membayarkan makanan untuknya, dan meminta agar ambil apa sahaja yang dia ingin makan di kedai itu.
“Abang, saya lapar. Saya tiada duit, abang bayarkan boleh…”Namun, apa yang menyentuh hati adalah kelindan lori itu hanya mengambil dua kuih seri muka dan sebungkus air milo dan memberitahu cukup baginya makan satu di waktu pagi dan satu lagi di waktu petang.
Segan, tapi keadaan mendesak
Zarul berkata, Kelindan lori itu sebenarnya tidak mahu mengambil banyak makanan kerana dia berasa malu meminta-minta, namun dalam keadaan mendesak terpaksa juga dia menebalkan muka.
“Saya segan bang, pertama kali dalam hidup minta dengan orang…”
Ni pahala untuk kita
Perkongsian Zarul telah mendapat perhatian netizen, dengan mendapat lebih 9,000 tanda reaksi, 4,000 perkongsian, rata-ratanya memujikan tindakan mulianya.
Tiada kurangnya rezeki kalau membantu orang lain, semoga kejadian ini menjadi contoh dan inspirasi buat kita semua untuk sentiasa bersifat pemurah kepada insan yang lebih memerlukan.
Sumber : Zarul Zabidi