Antara amalan paling mudah untuk mendapat pahala adalah melakukan sedekah seperti memberi wang kepada orang yang memerlukan. Selain duit, anda juga boeh memberi makanan seperti yang dikongsi oleh penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus menerusi satu video yang tular di media sosial.
BESARNYA PAHALA BELANJA ORANG MAKAN, JANGAN KEDEKUT REZEKI
Jelasnya, suapan pertama makanan yang diberikan akan mendapat pahala dan diampunkan dosa si pemberi makanan. Selain itu, malaikat turut mendoakan kita kerana memberi makanan kepada orang dan berkongsi rezeki sesama manusia.
Ustaz Azhar Idrus juga memberitahu ada beberapa hadis sahih yang menyebut setiap makanan yang kita beri akan disimpan disimpan di sisi Allah sehingga menjadi sebesar gunung Uhud.
“Beri orang makan. Dia beli makanan bagi orang, pergi rumah kawan belikan makanan. Ada beberapa hadis lain menyebut, bahawasanya setiap suap yang orang makan dari belanja kita tadi disimpan di sisi Allah sehingga menjadi sebesar gunung Uhud,” ujarnya menerusi video pendek itu.
Semoga semua amalan kita diterima oleh Allah SWT dan sama-samalah kita mengejarkan melakukan kebaikan. Amin…
Sumber: Instagram The Tarbiyyah