Biskut Bangkit Santan, Sangai Tepung Dulu Supaya Biskut Cair Dimulut. Hmmm, Sedapnya.

Biskut Bangkit Santan walaupun gigih menguli tepung namun hasilnya nikmat tidak terkata. Untuk mendapatkan biskut yang cair dimulut, tepung haruslah disangai terlebih dahulu supaya benar-benar ringan.

Biskut orang lama ini memerlukan tenaga yang banyak dan kesabaran yang tinggi kerana tepung ubi kayu diuli tanpa mentega atau minyak.

Terima kasih Zura Abu Bakar atas perkongsian resipi.

Bahan :

3 cawan rata Tepung ubi kayu

1/2 cawan Tepung gandum

1 cawan atau lebih Pati santan dari sebiji kelapa (jangan campur air) / Boleh pakai santan kotak

1 cawan rata Gula ising untuk manis sederhana. Jika nak manis, gunalah gula halus/gula kisar

2 biji Kuning telur gred B

Sehelai daun pandan – disiat & disimpul

Cara :

Campurkan kedua-dua jenis tepung dan daun pandan lalu digoreng tanpa minyak (sangai) dalam kuali sehingga ringan. Kemudian ayam dan sejukkan.

Masukkan gula ke dalam mangkuk. Campurkan telur lalu dikacau hingga sebati dan kembang.
Masukkan tepung dan santan sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh. Kuih bangkit ini kena banyak uli dan uli dengan tapak tangan sehingga tidak melekat pada tangan.

Ambil seketul doh, gelek dengan penggelek dan tekap dengan acuan mengikut bentuk kesukaan masing-masing.

Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160c selama 30 minit atau sehingga masak mengikut kepanasan ketuhar masing-masing.

Kredit resipi & foto : Zura Abu Bakar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *