Buah Durian Memang Bagus Untuk Kesihatan Tapi Boleh Jadi ‘Racun’ Juga Sebenarnya

 Sudah tiba musim buah yang paling dinanti-nantikan oleh semua orang iaitu buah durian. Selain rasanya sedap, khasiat buah durian juga memang banyak untuk kesihatan berbanding buah-buahan tempatan lain.

Namun begitu, perlu diingatkan agar berpada-pada kerana manfaat tersebut boleh menyebabkan ‘racun’ untuk kesihatan diri jika diambil secara berlebihan seperti perkongsian Dr Ahmad Samhan.

KHASIAT BUAH DURIAN MEMANG BANYAK TAPI KENA HATI-HATI

KHASIAT BUAH DURIAN

1. Sifar kolesterol dan tinggi lemak tak tepu (lemak baik) 

Kolesterol boleh menyebabkan jantung tersumbat dan durian bebas daripada kolesterol. Lemak tak tepu baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi.

2. Tinggi anti oksidan 

Anti oksidan dapat membantu memperlahankan proses penuaan dan mengelakkan kerosakan sel penyebab kanser

3. Kaya folic acid dan folate

Bagi mereka yang mempunyai masalah kurang darah (anemia) sangat sesuai untuk penghasilan sel darah merah.

4. Tinggi serat dan fiber

Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit kerana ia boleh melancarkan sistem penghadaman.

5. Mengandungi Tryptophan

Ia merupakan bahan untuk penghasilan serotonin dan melatonin. Boleh membantu sekiranya anda mempunyai masalah tidur (insomnia), kemurungan dan dapat mengurangkan stress. 

Walau bagaimanapun, ia akan jadi racun jika diambil secara berlebihan. Pakar nutrisi menasihatkan hanya 100gm atau 2 ulas kecil durian setiap hidangan.

ANTARA MUDARAT JIKA DIAMBIL BERLEBIHAN:

Tinggi kalori – Kalori yang tinggi akan menyebabkan kegemukkan.

Tinggi kandungan gula – Bahaya terutamanya bagi mereka yang mempunyai kencing manis dan masalah buah pinggang.

Gastrik – Ia akan membebaskan gas dan alkohol semasa dihadam dan menyebabkan perut kurang selesa dan keradangan perut.

Badan jadi panas – Tindak balas kimia dan proses metabolisma semasa proses penghadaman membuatkan badan jadi panas dan tidak selesa.

Jadi, berpada-padalah bila makan durian. Jangan gelojoh sangat sampai makan 5 biji sehari.

Sumber: Dr Ahmad Samhan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *