Buat Celup Tepung Pun Sedap Bayam Brazil Ni, Dah Lah Senang Hidup, Banyak Pulak Khasiatnya.

Sejak akhir-akhir ni, banyak posting di media sosial memperkatakan, sayuran hijau Bayam Brazil. Bukan sahaja sedap dijadikan menu hidangan seisi keluarga, malah rupanya banyak khasiat!

Paling menarik, nak tanam pun mudah! Tanam di pasu pun senang hidup. Tak perlu penjagaan rapi, asalkan di siram setiap hari. Antara menu viral yang membuatkan ramai yang kecur air liur adalah

1.Sup Bayam Brazil/ Bayam brazil dengan suhun/sup sayur campur bayam brazil.
2.Gulai lemak Bayam Brazil/ gulai lemak bayam brazil dengan udang/ gulai lemak bayam Brazil dan labu.
3.Tumis Bayam Brazil.
4.Bayam Brazil Goreng Tepung.

Selain itu, resipi bayam celup tepung juga turut menjadi viral sehingga mencecah 2.1K Share! Resipi yang dikongsi oleh Eybu AyuHairies . Ikuti resipinya yang mudah dan sedap ini!

Bayam Brazil Celup Tepung

Tepung gandum
Telur 1biji
Sebuk kunyit
Serbuk pati sedap

KHASIAT SAYURAN BAYAM BRAZIL

Nak tahu khasiat sayuran comel ini. Berikut maklumat oleh mustaffayas.in mengenai khasiat bayam brazil. Boleh dijadikan panduan bersama.

Bayam Brazil atau juga dikenali sebagai Brazillian Spinach, Poor Man Spinach, Sambu dan juga Samba Lettuce agak popular sejak kebelakangan ini. Banyak ‘group’ di Facebook yang saya ikuti bercerita mengenai sayuran hijau ini yang dikenali juga dengan nama saintifiknya Althernanthera Sissoo.

Bentuk daunnya menghijau dan tidak berlendir serta rangup sering dijadikan sebagai salad, masak tumis serta beberapa resipi lain yang mudah disediakan terutama dalam masakan barat. Memakan sayur ini secara mentah/ulam juga menjadi pilihan kebanyakkan orang pada masa kini.

Khasiat Bayam Brazil

Selain sedap dimakan, sayuran bayam ini amat kaya dengan khasiatnya iaitu,

Melawan kanser
Mengekalkan kesihatan mata
Sumber vitamin K
Menguatkan tulang
Membantu menurunkan berat badan
Meningkatkan sistem imuniti badan
Membantu sistem penghadaman
Mengelakkan daripada sembelit
Membantu melancarkan darah
Mencegah anemia
Mengatasi masalah gusi
Mutrisi yang baik untuk pembesaran
Mengekalkan stamina
Mengekalkan kesihatan mulut
Mengikat kalsium
Mencegah penuaan pramatang
Mengekalkan kesihatan ibu mengandung