Buaya Hidup Dengan Tayar Motosikal Tersangkut Di Leher Bertahun-tahun Sebelum Berjaya Dibebaskan

Seekor buaya di Palu, Indonesia menjadi tular sejak tahun 2016 selepas dikesan mempunyai tayar motosikal yang tersangkut di lehernya. Sudah pelbagai usaha yang cuba dijalankan untuk menangkap dan mengeluarkan tayar itu daripada buaya tersebut tetapi tidak berjaya.Buaya Hidup Dengan Tayar Motosikal Tersangkut Di Leher

Pada tahun 2020, pihak berkuasa Indonesia menawarkan ganjaran buat sesiapa yang berjaya mengeluarkan tayar tersebut daripada leher buaya itu. Tetapi malangnya usaha itu boleh dikatakan gagal dan menemui jalan buntu.

Pada bulan December 2020, buaya itu dilihat muncul kembali dan seorang wanita didapati berdiri berhampiran dengan buaya tersebut. Dalam video tersebut, wanita itu kelihatan tidak gentar malah berani menghampiri buaya berkenaan.Buaya Hidup Dengan Tayar Motosikal Tersangkut Di LeherManakala orang kampung pula menjerit meminta tanggalkan tayar pada leher buaya yang berukuran kira-kira 4 meter tersebut

Walaubagaimanapun, buaya berkenaan kemudian beredar dan masuk balik ke dalam air. Dengan saiz buaya tersebut yang semakin membesar, tayar yang tersangkut di lehernya boleh membahayakan dan mengancam nyawanya.

Menurut pihak berkuasa, operasi untuk menyelamatkan buaya ini agak sukar kerana lokasinya yang sering berubah-ubah. Meskipun perangkap dipasang di satu tempat, buaya ini akan muncul di tempat lain pula. Selain itu sungai Palu tersebut juga dihuni oleh banyak buaya yang angkanya mencecah ratusan ekor buaya.

Buaya Hidup Dengan Tayar Motosikal Tersangkut Di Leher

BEBAS AKHIRNYA

Akhirnya, pada tahun 2022, selepas beberapa kali gagal sejak bertahun-tahun meskipun ditawarkan ganjaran dan menjemput pakar-pakar, akhirnya percubaan untuk menyelamatkan buaya ini dengan melepaskan tayar yang tersangkut di lehernya telah membuahkan hasil.

Buaya berkalung tayar ini akhirnya bebas daripada tayar yang ‘mengunci’ dirinya selama ini. Seorang lelaki yang berasal dari Sragen, Jawa Tengah yang dikenali sebagai Tili telah menangkap buaya ini terlebih dahulu dengan mengumpannya. Tili menggunakan 35 ekor ayam sebagai umpan dalam tempoh tiga minggu sebelum dia berjaya menangkap buaya berkenaan.

Menurut Tili, sejumlah burung merpati juga digunakannya sebagai umpan menangkap buaya tersebut.

“Saya juga gunakan sejumlah burung merpati sebagai umpan untuk menangkap buaya itu, selain tali sepanjang 300 meter.

Buaya Hidup Dengan Tayar Motosikal Tersangkut Di Leher

Buaya tersebut dilepaskan semula ke sungai sebaik sahaja tayar yang membelenggu lehernya dikeluarkan.

“Alhamdulillah, usaha saya berhasil dan tayar itu berjaya dikeluarkan dari buaya berkenaan dan selepas itu kami bebaskannya semula ke dalam sungai,” katanya.

Sebelum ini, usaha untuk mengeluarkan tayar daripada leher buaya berkenaan telah menjadi buntu selepas kesemuanya menemui kegagalan. Ramai pihak termasuk pakar dari luar sudah berusaha untuk mengeluarkan tayar tersebut tetapi gagal. Antaranya termasuklah hos rancangan National Geographic, Matt Wright dan pengacara Extinct or Alive on Animal Planet, Forrest Galante.

“Ramai orang pada mulanya ragu dengan keupayaan saya selain menyangka saya tidak serius untuk menangkap buaya itu,” ujar Tili.

“Saya hanya tidak boleh melihat haiwan dalam keadaan sakit. Walaupun ular, saya akan membantu,” tambahnya lagi.

Kisah buaya ini juga memberi pengajaran buat kita semua agar jangan sesuka hati membuang sampah atau barangan yang tidak diperlukan lagi ke dalam sungai atau laut. Sama-sama lah kita berusaha dan bekerjasama menjaga kebersihan mengekalkan keindahan semulajadi flora dan fauna di muka Bumi ini.

Kredit: Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *