Budak Kecil Degil Nak Minum Santan Kotak, Reaksinya Pula Bikin Terhibur

Setiap kali bercakap dengan budak kecil pasti ada saja yang degil dan tidak mahu mendengar cakap. Bukan senang juga untuk menyakinkan budak kecil lagi-lagi mereka yang jenis suka mencuba sesuatu yang baru.

Macam yang dikongsikan si ibu ini tentang gelagat anak lelakinya ini yang mahu mencuba santan kotak ini. Lebih melucukan, reaksinya selepas meminumnya turut membuatkan netizen berdekah melihatnya.

Di dalam video yang dikongsikan ini, wanita itu berkongsikan telatah anaknya itu yang degil mahu mencuba santan kotak itu. Walaupun dia telah melarangnya beberapa kali, kanak-kanak itu masih lagi degil mahu mencubanya.

 

Mungkin juga kerana bungkusan yang hampir sama seperti kotak susu, kanak-kanak itu menyangka ianya adalah susu yang boleh diminum. Namun sebaik saja dia mencubanya, kanak-kanak itu mula memberikan reaksi muka pelik.

santan

Dia kemudiannya mula menggelengkan kepalanya dan memberikan semula santan kotak itu kepada ibunya. Ramai yang turut terhibur melihat reaksi kanak-kanak itu yang kelihatan menyesal kerana tidak mendengar kata ibunya itu.

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan ibu mengaku mereka juga pernah melalui pengalaman yang sama dengan anak mereka. Hanya selepas anak mereka mencubanya sendiri, barulah mereka percaya walaupun telah dilarang sebelum ini.

Hahah tu makan dia.”

budak kecil

Kadang-kadang saya bagi je. Lagi cepat belajar kalau depa rasa salah dia.”

santan kotak

Hahaha mak dah cakap tu bukan susu nak jugak lah minum…”

Lepas ni confirm dia akan alert…”

sumber ;tiktok