Seorang pengguna laman Twitter, Afdlin Arifin memuat naik sebuah posting mendakwa terdapat seorang lelaki warga emas yang menghidap strok ditinggalkan oleh anaknya di tepi jalan.
Perkara itu diketahui selepas bapanya melakukan rondaan di sekitar kawasan Kota Kemuning, Selangor yang membantu warga emas terbabit sebelum dibawa menaiki ambulans.
“Sedap2 kau tinggal orang tua kau tepi jalan” – Afdlin
“Dia mengadu anak dia tinggal dia, apa ke bangang kau ni mat? Dahla dia pelupa! Bangang sekurang-kurangnya kau letak kat hospital bukan tepi jalan,” tulis Afdlin.
Posting tersebut mendapat ulang kicau sebanyak 7,700 kali dan meraih 5,900 tanda suka serta pelbagai reaksi warganet yang mempunyai pendapat masing-masing.
Sekiranya betul dakwaan itu, rata-rata netizen meluahkan rasa marah dan sedih dengan tindakan tersebut apatah lagi terhadap orang tua yang sudah tidak bermaya.
Kalau betul si anak tinggal dia, aku sedih!
Kalau tak nak bagi saya, saya takde ayah
Bukan sampah suka2 hati nak buang
Walau bagaimanapun, terdapat segelintir individu mengatakan berkemungkinan warga emas terbabit kurang sihat dan tidak sedar dengan perbualan ketika situasi itu berlaku.
Pelupa kot, padahal dia yang keluar sendiri
Kadang2 cerita itu ini tapi cakap tak betul
Memang meragukan! Mungkin ahli keluarga atau waris pakcik ni boleh tampil menjelaskan situasi sebenar. Takde la netizen buat spekulasi lain kan?
Sumber : Twitter