Bunga Kantan ni memang banyak gunanya terutamanya dalam masakan. Masak Asam Pedas atau laksa jika tak ada bahan ni memang kurang padu. Namun bila musim perayaan atau sebagainya, ada ketikanya bahan ini sukar ditemui. Jika ada pun saiznya sangat kecil dan tidak segar. Mahal pula tu!
Menerusi perkongsian dari saudari Dunia Hanya Sementara Fy, beliau kongsikan cara-cara untuk menyimpan bunga kantan supaya kekal segar walau disimpan berbulan-bulan dan masih dalam keadaan baik, cantik dan tidak berbirat hitam. Bau pun tak hilang walaupun sudah disimpan selama 6 bulan. Memang terbaik. Anda boleh cuba.
Petua Simpan Bunga Kantan Supaya Tahan Lama
Bahan-Bahan:
Bunga kantan
Bekas @ plastik sesuai
Air masak
Cara Membuat:
1. Basuh hingga bersih terlebih dahulu bagi membuang segala kekotoran yang melekat.
2. Potong ikut saiz yang disukai. Sebaiknya potong dua sahaja.
3. Letak dalam plastik atau bekas yang sesuai. Pemilihan bekas yang sesuai juga penting supaya anda boleh menyusun dengan elok dalam peti sejuk beku.
4. Letak air masak dalam bekas bunga kantan tersebut.
5. Kemudian bolehlah disimpan dalam peti sejuk beku @ peti sejuk beku.
6. Untuk memudahkan kerja memasak, letak dalam bekas untuk sekali masak.
7. Boleh digunakan ketika beku atau dicairkan terlebih dahulu. Tak perlu basuh kerana anda telah cuci sebelum simpan. Air pun guna air masak. Jadi tak ada masalah u ntuk terus masukkan ke dalam masakan.
Kredit petua & foto: Dunia Hanya Sementara Fy Via Rasa