Kalau nak pastikan kediaman berbau harum kita biasanya akan beli saja pewangi kediaman. Beli sebotol kadang-kadang tak sampai sebulan dah habis kalau kerap menggunakannya.
Sebagai langkah penjimatan, boleh saja DIY pewangi rumah mengikut perkongsian netizen @yatt_azml di twitter ini. Cuma guna dua bahan saja, satu rumah berbau harum.
Bahan-bahannya pula memang dah ada di rumah jadi kalau habis boleh saja buat semula.
Bahan-bahan
Botol semburan -saiz kecil
1 penutup botol softner atau pelembut pakaian
Sedikit cuka
Cara membuat:
Campur bahan ini dalam botol, boleh juga tambahkan air.
Kalau nak guna botol lebih besar tambahkan pelembut pakaian (apa juga jenama)
Semburlah pada langsir, sofa atau karpet.
Selain itu ia juga berfungsi untuk kurangkan habuk melekat pada permukaan seperti meja, kipas dan tingkap.
Sumber:@yatt_azml